Thursday, July 16, 2009

PETUA.....

LANGKAH - LANGKAH / TIPS DAN PETUA - PETUA MENGHADAPI KESEDIHAN....

Puteri dapat artikel ni melalui email puteri yang dihantar oleh rakan2 dalam UiTM Yahoo Group. Puteri rasa petua dan tips ni sesuai untuk dikongsikan bersama pembaca...harap ianya dapat memberi manfaat kepada rakan pembaca sekalian.... ilmu dan pengetahuan yang sedikit cuma perlu dihebah2kan dan dicanang2kan...wallahualam...

Artikel ini adalah mengenai Tips Menghadapi Kesedihan. Bersedih selama setahun atau lebih selepas kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah perkara biasa. Beri masa kepada diri sendiri, dan dapatkan sokongan yang diperlukan.
Langkah - langkah.....
Langkah 1: Mengadu kepada kawan-kawan dan keluarga. Mereka mungkin tidak memahami apa yang anda sedang lalui, tetapi mereka boleh menawarkan bantuan. Dapatkan sokongan tambahan daripada orang-orang yang berpengalaman dalam menangani kesedihan.
Langkah 2: Jaga kesihatan anda. Kemungkinan ini merupakan satu perkara terakhir yang anda ingin lakukan, tetapi ia boleh membantu anda menghadapi dan mengatasi kesedihan dengan lebih mudah.
Langkah 3: Buat temu janji dengan seorang kaunselor atau menyertai satu kumpulan sokongan menerusi e-mel.
Langkah 4: Berbincang dengan doktor anda mengenai anti-depresi sekiranya anda susah hendak bertindak balas.
Petua-petua
Petua 1: Berkreatif. Ramai orang mendapati mewarna, melukis dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan dengan penuh perasaan boleh menenangkan fikiran.
Petua 2: Baca mengenai peringkat-peringkat dan kesan-kesan kesedihan supaya anda menjadi lebih biasa dengan pengalaman anda sendiri.
Petua 3: Perhatikan, bahawa sesetengah orang tidak menunjukkan perasaanya sehinggalah ke suatu waktu yang lama setelah peristiwa kehilangan tersebut.
Amaran-amaran:
  • Jauhi minuman keras dan dadah.
  • Menyembunyikan emosi boleh membuatkan anda tidak produktif.
  • Elakkan daripada membuat keputusan yang besar dan penting ketika anda dalam keadaan bersedih.

ANAK - ANAK SAUDARA PUTERI TULIPS.....

ANAK SAUDARAKU YANG COMEL - COMEL BELAKA......

Ha, kali ni, puteri nak kongsi dengan pembaca semua wajah - wajah anak saudara puteri. Gambar - gambar ni mungkin tak berapa comel, sebab ini je yang ada dalam simpanan puteri. walau apapun, puteri nak kongsi dengan pembaca semua....puteri baru je mempunyai empat orang anak saudara, tapi anak kandung sendiri belum ada lagilah...hehehe insyaAllah, sampai masa, ada rezeki dan izin Allah sampailah masa puteri untuk punyai anak:)...amin.... oklah, let;s we check one by one my niece and nephew....... let's start with the new born....

SITI HAJAR BINTI FAIRUS (BABY HAJAR) (2 BULAN LEBIH)


HUMAIRAH QISTINA BINTI MOHD HISAM (ADIK MYRA) (6 BULAN LEBIH)


HADIF IRSYAD BIN MOHD HISAM (ABANGAH HADIF) (3 TAHUN 11 BULAN)

HAFIY IRFAN MOHD HISAM (ABANG IRFAN) (6 TAHUN 1 BULAN)

Puteri sayang semua anak saudara puteri ni, tambahan lagi si Abang Irfan ni. bukan apa, puteri menjaga dia semasa dia masih lagi dalam tempoh berpantang. Yealah, kakak puteri baru ada anak pertama/sulung, dan kebetulan masa tu, puteri di semester akhir pengajian, jadi banyak masa dengan dia.hehehe...jadi baby sitter lah kiranya tuh...:) oklah....ni je ceritanye....nanti sambung lagi yea?:)hehehe....

CELEBRATE BIRTHDAY BERSAMA RAKAN SERUMAH....

SAJIAN SEMPENA HARI LAHIR PUTERI TULIPS PADA 09 JULY 2009.....
Terlupa pulak puteri nak upload gambar makanan yang puteri sediakan untuk rakan serumah puteri sempena hari lahir puteri yang lepas. Nak celebrate dengan family, jauh and mak puteri pun takde kat umah, coz pergi ke Jakarta untuk menghadiri kenduri kahwin saudara. Emmm.... puteri ni taklah pandai memasak, tetapi suka memasak. Asalkan ada bahan2, jadi jelah ke dapur. hehehehe.... anyway, masa birthday puteri aritu, ada beberapa jenis makanan je yang puteri dapt sediakan.... harap kawan2 serumah puteri tak jemulah memakan makanan yang puteri masak:) hehehe...untuk penuhkan perut yang kosong bolehlah:).......

GAMBAR 1: BABY CARROT AND BROCOLLY STEAMED

GAMBAR 2: CENDAWAN GORENG TEPUNG


GAMBAR 3: UDANG GORENG TEPUNG


GAMBAR 4: KEK IKAN GORENG TEPUNG...(ALA... FISH CAKE LAH)..


GAMBAR 5: MAIN COURSE..... MEE HOON GORENG SPECIAL....


Dan yang paling penting adalah sambal kicap yang akan dimakan bersama2 sayur steamed dan juga udang, cendawan dan fish cake goreng tepung. Masakan yang ringkas, tetapi boleh dikatakan cukup kandungan nutrisinya... ada karbohidrat, protein, vitamin dan sebagainyalah.... yang penting, ianya sangat sedap sehingga menjilat jari....fuyooo....hehehehe.... kalau rasa - rasa nak resipi, hehehe..kena menuntut dengan puteri tulips putih hijau ini.....heeheee...daaaa.. selamat menjamu mata:)...

Wednesday, July 15, 2009

LAGU YANG MENYENTUH HATIKU.....

"TERLANJUR CINTA"......PADA KAMU.....
Puteri baru lepas dengar lagu ni dekat TV3, sebelum ni, ada jugak dengar. tajuk lagunya "TERLANJUR CINTA"....nyanyain Rossa dan Pasha UNGU. Bait - bait lagu ini terlalu bermakna buat puteri. Yea, tak dinafikan dalam kehidupan kita sering kali jatuh cinta, terjatuh cinta dan bercinta. Tetapi kalau diungkapkan makna cinta sebenar, terlalu mendalam. Cinta yang sejati dan hakiki hanyalah pada yang Esa.

Puteri pernah dan sedang mengalami keadaan "TERLANJUR CINTA" ini. Memang amat payah untuk melupakan insan yang ada dalam hati kita, yang kita cinta, yang kita rindu dan yang kita dambakan kasih sayangnya, tapi itu semua bukanlah jaminan untuk kita bahagia... tetapi jika kita cintakan ALLAH, nescaya kita tidak dikecewakan malah kita sentiasa dibawah naungan dan lindungan rahmat dan nikmatNYA...wallahualam....

Buat insan yang pernah dan sedang bertakhta didalam hati ini, puteri tak meletakkan harapan untuk ke jinjang bahagia, cuma apa yang puteri nak bagi tau atau nak katakan yang puteri "TERLANJUR CINTA" pada kamu.... hati, cinta, kasih, rindu dan sayang puteri terlalu ikhlas... dan puteri sentiasa maafkan kamu diatas setiap kesilapan kamu terhadap puteri... akibat "TERLANJUR CINTA" puteri ini, puteri sentiasa doakan kamu dalam bahagia sentiasa..... sekalipun hati puteri telah kamu sakiti...puteri maafkan kamu.....

Bait - bait lagu ini menggambarkan dan mewakilkan perasaan puteri terhadap insan yang puteri "TERLANJUR CINTA".......


waktu bergulir
lambat merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema
mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan
malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan
di atas puing-puing cinta
yang telah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan
aku terlanjur cinta kepadamu
dan telah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan
cintaku

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta

mencoba bertahan
di atas puing-puing cinta
yang telah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan.......

Monday, July 13, 2009

KERJA TANGAN KAWAN2 SERUMAH PUTERI TULIPS.....

MASAKAN BERSAMA RAKAN SERUMAH....

GAMBAR 1: BUAH OREN POTONG DADU


GAMBAR 2: SAMBAL KICAP (CILI PADI)



GAMBAR 3: UDANG, HOT DOG DAN CENDAWAN GORENG TEPUNG RADIX FC


GAMBAR 4: LOBAK MERAK DAN BROCOLI YANG DI STIM / CELUR


GAMBAR 5: IKAN PARI BAKAR DISALUT PASTE SAMBAL

Masakan di atas adalah hasil kerja tangan aku bersama rakan2 rumah yang lain. ikan pari bakar bersalut paste sambal ni memang sedap sangat. one of my housemate yang buat paste sambal ni. marvellous..... tapi setiap apa masakan kitaorang, mesti tak tinggal "sambal kicap (cili padi)"... kalau makan tak ada sambal kicap ni, memang tak best ah:( dapat2 pulak ada udang, cendawan and hot dog goreng tepung.....ish...ish...ish... tak leh nak kabor rasanye...hehehehe

MASAKAN PUTERI TULIPS.....

LAGI MASAKAN SI PUTERI TULIPS.....

GAMBAR 1: IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
(Resipi dan masakan ini mak puteri tulips yang masak. Asalnya puteri sendiri yang nak masak, tapi mak dah siapkan, jadinya puteri sebat jelah... air tangan ibu tu lagi sedap:) hehehehe)


GAMBAR 2: SAMBAL KICAP (CILI PADI)
(Sambal kicap ni sesuai dimakan dengan makanan yang bergoreng seperti, pisang goreng, tempeh goreng, cendawan goreng dan apa saja makanan yang sesuai dimakan dengan sambal kicap ni sebagai pencicahnya...slurpppp...sehingga menjilat jari...sedap:) hehehehe:)



GAMBAR 3: UDANG DAN SOTONG GORENG TEPUNG RADIX FC BERSAMA BROCOLI.....
(yang ni puteri saja goreng udang dan sotong bersalut tepung goreng radix FC, sedap... tak terkata...dicicah pulak dengan sambal kicap...perghhhh....sehingga menjilat jari lagi...hehehehe...)

BARU BALIK BERCUTI....

HOLIDAYYYYY!!!!

hehehe...aku baru je balik dari bercuti ke Taiping bandar warisan... banyak tempat yang aku terokai dan banyak juga duit aku yang aku habiskan:( anyway, takpe, as long as it will make me happy, doesnt matter. duit boleh cari, ketangan dan kebahagiaan diri lebih penting dari duit.... hehehehe... saje amik cuti dan berjalan2. tp yang sedihnya tak dapat nak rakam kenangan manis sebab kamera buat hal plak:( sedey tullah....huhuhuh... anyway, takpe, yang penting segala kenangan terpahat dalam memori dan fikiran...itu yang penting...oklah..... setakat ni je dulu untuk hari ni....penat:(