Thursday, July 16, 2009

PETUA.....

LANGKAH - LANGKAH / TIPS DAN PETUA - PETUA MENGHADAPI KESEDIHAN....

Puteri dapat artikel ni melalui email puteri yang dihantar oleh rakan2 dalam UiTM Yahoo Group. Puteri rasa petua dan tips ni sesuai untuk dikongsikan bersama pembaca...harap ianya dapat memberi manfaat kepada rakan pembaca sekalian.... ilmu dan pengetahuan yang sedikit cuma perlu dihebah2kan dan dicanang2kan...wallahualam...

Artikel ini adalah mengenai Tips Menghadapi Kesedihan. Bersedih selama setahun atau lebih selepas kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah perkara biasa. Beri masa kepada diri sendiri, dan dapatkan sokongan yang diperlukan.
Langkah - langkah.....
Langkah 1: Mengadu kepada kawan-kawan dan keluarga. Mereka mungkin tidak memahami apa yang anda sedang lalui, tetapi mereka boleh menawarkan bantuan. Dapatkan sokongan tambahan daripada orang-orang yang berpengalaman dalam menangani kesedihan.
Langkah 2: Jaga kesihatan anda. Kemungkinan ini merupakan satu perkara terakhir yang anda ingin lakukan, tetapi ia boleh membantu anda menghadapi dan mengatasi kesedihan dengan lebih mudah.
Langkah 3: Buat temu janji dengan seorang kaunselor atau menyertai satu kumpulan sokongan menerusi e-mel.
Langkah 4: Berbincang dengan doktor anda mengenai anti-depresi sekiranya anda susah hendak bertindak balas.
Petua-petua
Petua 1: Berkreatif. Ramai orang mendapati mewarna, melukis dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan dengan penuh perasaan boleh menenangkan fikiran.
Petua 2: Baca mengenai peringkat-peringkat dan kesan-kesan kesedihan supaya anda menjadi lebih biasa dengan pengalaman anda sendiri.
Petua 3: Perhatikan, bahawa sesetengah orang tidak menunjukkan perasaanya sehinggalah ke suatu waktu yang lama setelah peristiwa kehilangan tersebut.
Amaran-amaran:
  • Jauhi minuman keras dan dadah.
  • Menyembunyikan emosi boleh membuatkan anda tidak produktif.
  • Elakkan daripada membuat keputusan yang besar dan penting ketika anda dalam keadaan bersedih.

ANAK - ANAK SAUDARA PUTERI TULIPS.....

ANAK SAUDARAKU YANG COMEL - COMEL BELAKA......

Ha, kali ni, puteri nak kongsi dengan pembaca semua wajah - wajah anak saudara puteri. Gambar - gambar ni mungkin tak berapa comel, sebab ini je yang ada dalam simpanan puteri. walau apapun, puteri nak kongsi dengan pembaca semua....puteri baru je mempunyai empat orang anak saudara, tapi anak kandung sendiri belum ada lagilah...hehehe insyaAllah, sampai masa, ada rezeki dan izin Allah sampailah masa puteri untuk punyai anak:)...amin.... oklah, let;s we check one by one my niece and nephew....... let's start with the new born....

SITI HAJAR BINTI FAIRUS (BABY HAJAR) (2 BULAN LEBIH)


HUMAIRAH QISTINA BINTI MOHD HISAM (ADIK MYRA) (6 BULAN LEBIH)


HADIF IRSYAD BIN MOHD HISAM (ABANGAH HADIF) (3 TAHUN 11 BULAN)

HAFIY IRFAN MOHD HISAM (ABANG IRFAN) (6 TAHUN 1 BULAN)

Puteri sayang semua anak saudara puteri ni, tambahan lagi si Abang Irfan ni. bukan apa, puteri menjaga dia semasa dia masih lagi dalam tempoh berpantang. Yealah, kakak puteri baru ada anak pertama/sulung, dan kebetulan masa tu, puteri di semester akhir pengajian, jadi banyak masa dengan dia.hehehe...jadi baby sitter lah kiranya tuh...:) oklah....ni je ceritanye....nanti sambung lagi yea?:)hehehe....

CELEBRATE BIRTHDAY BERSAMA RAKAN SERUMAH....

SAJIAN SEMPENA HARI LAHIR PUTERI TULIPS PADA 09 JULY 2009.....
Terlupa pulak puteri nak upload gambar makanan yang puteri sediakan untuk rakan serumah puteri sempena hari lahir puteri yang lepas. Nak celebrate dengan family, jauh and mak puteri pun takde kat umah, coz pergi ke Jakarta untuk menghadiri kenduri kahwin saudara. Emmm.... puteri ni taklah pandai memasak, tetapi suka memasak. Asalkan ada bahan2, jadi jelah ke dapur. hehehehe.... anyway, masa birthday puteri aritu, ada beberapa jenis makanan je yang puteri dapt sediakan.... harap kawan2 serumah puteri tak jemulah memakan makanan yang puteri masak:) hehehe...untuk penuhkan perut yang kosong bolehlah:).......

GAMBAR 1: BABY CARROT AND BROCOLLY STEAMED

GAMBAR 2: CENDAWAN GORENG TEPUNG


GAMBAR 3: UDANG GORENG TEPUNG


GAMBAR 4: KEK IKAN GORENG TEPUNG...(ALA... FISH CAKE LAH)..


GAMBAR 5: MAIN COURSE..... MEE HOON GORENG SPECIAL....


Dan yang paling penting adalah sambal kicap yang akan dimakan bersama2 sayur steamed dan juga udang, cendawan dan fish cake goreng tepung. Masakan yang ringkas, tetapi boleh dikatakan cukup kandungan nutrisinya... ada karbohidrat, protein, vitamin dan sebagainyalah.... yang penting, ianya sangat sedap sehingga menjilat jari....fuyooo....hehehehe.... kalau rasa - rasa nak resipi, hehehe..kena menuntut dengan puteri tulips putih hijau ini.....heeheee...daaaa.. selamat menjamu mata:)...