Wednesday, December 31, 2008

coretan kembara jalanan si puteri tulips dari julai hingga ogos 2008....

JULAI 2008.....


Bulan Julai adalah bulan yang istimewa bagi aku sebab dalam bulan ni, ada satu hari yang begitu bermakna bagi aku iaitu hari ulangtahun kelahiranku.:)....awal2 bulan lagi aku dah kena berkursus di A'Famosa Resort Hotel, Alor Gajah melaka. Aku bertolak pada 29/06/08 ke Melaka dan kursus bermula pada 30/06/08 hingga 04/07/08. selain itu, dalam bulan ni, tak banyak aktiviti yang menarik yang aku lakukan, seperti biasa menjalankan kerja2 harian....



OGOS 20008.....





Bulan Ogos selalunya sinonim dengan bulan kemerdekaan bagi negara kita Malaysia... yang pastinya, pada 31/08/08 akan ada hari cuti bagi meraikan hari kemerdekaan bagi negara kita ini. so, dalam bulan ni, aku banyak balik ke kampung kerana menghadiri kenduri kahwin saudara yang terdekat. Memandangkan ada cuti sekolah dalam bulan Ogos ni, so ramai yang mengambil kesempatan untuk mendirikan masjid:) gambar di sebelah ni, aku dengan anak sedara di hadapan pelamin pengantin, saje ambik berkat:) hehehe mana tau, lepas ni aku plak duk kat pelamin tu.....huhu....tapi "pelamin anganku dah musnahlah"...isk...isk... sedey betul:( gambar diatas plak adalah gambar sanak saudara aku yang pergi kenduri kahwin, my auntie, my sister, my eldest sister with her son and my sister-in-law.... bergaya sakan diaorang nie:)


Dalam bulan Ogos ni jugak, aku menjadi Setiausaha untuk program Hari Keusahawanan Politeknik 2008. Banyak jugak kerja dan banyak jugak dugaan yang aku hadapi.... Tapi alhamdulillah, Hari Keusahawanan berlangsung dengan jayanya pada 05/08/08 dan 06/08/08... apa yang buat aku rasa seronok dan suka sangat apabila Pengarah aku membaca teks ucapan yang aku drafkan untuk dia. hehehe... bangga gilerrr...hehehehe


SEPTEMBER 2008.....



Ha....bulan September 2008 adalah bulan umat Islam menjalankan ibadah puasa. 01/09/08 bersamaan 1 Ramadhan 1429 H. so, bulan puasa ni, tak banyak aktiviti yang aku buat. cuma banyak masa balik kampung dan berbuka puasa dengan pelajar2. Pada 24/09/08 aku mendapat undangan berbuka puasa dengan pelajar semester 5 di kantin Politeknik dan pada 25/09/08 aku mendapat undangan berbuka puasa daripada pelajar2 semester 6. Then aku balik kampung untuk cuti raya pada 27/09/08 bersama seorang schoolmate aku yang bekerja disini jugak. cuma masa sebelum balik kampung tu, aku buat inspection dekat kereta aku, gi servis, cek tayar dan condition yang lain. emmm unfortunately, tayar kereta aku dua biji kena ganti sebab kena paku...sedey giler sebab budget lariiii...isk...isk....isk tapi tak pe, yang penting aku sampai ke kampung halamanku dengan selamat....ooooo....ooooo...balik kampung!!!! ooooo......oooooo.....balik kampung!!!!! iskkkk rasa macam nak raya je sepanjang tahun.....hehehehe

Ni lah gambar rumah aku di kampung..... wahhh rindunye nak balik kampung selalu.....isk...isk...isk

coretan kembara jalanan si puteri tulips mei hingga jun 2008

MEI 2008.....

Bulan Mei 2008 pulak adalah bulan yang boleh dikatakan bulan yang meresahkan....:( hehehe pada bulan ni, aku dan rakan2 yang sejawatan dan seangkatan dengan aku menghadiri satu temuduga untuk lantikan ke jawatan tetap. Temuduga diadakan pada 22/05/08 dan aku bersama tiga orang lagi kawan2 aku bertolak ke sana pada hari sebelumnya dan bermalam di Hotel Seri Malaysia di Ipoh. Berhempas pulas jugaklah kami sebelum ditemuduga tu, tapi Alhamdulillah, hasilnya, semua rakan2 sejawatan dan seangkatan kami berjaya mendapat lantikan tetap... syukur kehadrat Illahi...

Pada 10/05/08, sekali lagi aku menjadi pensyarah pengiring kepada pelajar semester 3 ke lawatan ilmiah ke MIHAS 2008. Selepas lawatan, kami melawat pula Damansara One Utama. (acara sampingan lah tu...hehehe). dan pada 16/05/08, aku mengikut kursus transformasi berpasukan anjuran Jabatan kejuruteraan di tempat kerja aku. kursus itu dijalankan di Hotel Ancasa Kuala Lumpur. Memang seronok dan release tension. yang paling best, aku dapat kenal antara satu sama lain... penat tapi menyeronokkan. dalam kursus ni, kita boleh dapat kenali karakter seseorang yang tidak mengira pangkat, usia,jantina dan kedudukan seseorang. yang secara kesimpulannya, manusia adalah sama, yang membezakan adalah fizikal dan tingkah laku sahaja...wallahualam....

JUN 2008
Bulan Jun 2008 adalah bulan peperiksaan akhir bagi pelajar2 di Politeknik ini. Aku pulak merupakan salah seorang AJK peperiksaan di jabatan aku, jadi banyak lah kerja2 yang melibatkan persiapan sebelum menjelang hari peperiksaan dijalankan. bila tiba musim peperiksaaan ini, hidup aku mula jadi tak terusus sikit, maklumlah, banyak kerja perlu disiapkan sebelum dateline....hehehe... so, bulan ni, tak banyak sangat aktiviti yang aku jalankan......