Tahun ni, raya ku sambut dengan sederhana. biasa - biasa sahaja suasananya. meriah pada kanak - kanak dan pada yang dewasa, peluang untuk bertemu saudara mara dan bermaaf - maafan tidak di lepaskan. aku pergi beraya kerumah saudara mara yang dekat saja. raya ke empat baru balik ke kampung sebelah ayah ku di negeri sembilan. ada jugak lah rakan - rakan ku yang datang kerumah, banyak jugak lah cerita yang aku dapat, maklumlah bila dah berjumpa, ada saja celoteh yang terkeluar. tapi, dalam meriah suasana raya yang aku sambut, jauh disudut hati aku, teringatkan insan - insan yang pernah bertakhta dekat hati ini:( apakan daya, hidup perlu diteruskan jugak:)..pada raya tahun ini jugak merupakan raya yang sangat bahagia buat aku, kerana peluang atau rezeki yang aku tunggu - tunggu, aku dapat pada hari raya ke lima. syukur alhamdulillah.... akhirnya aku dapat membahagia dan gembirakan kedua-dua orang tua ku. aku takkan sia - siakan peluang yang aku dapat ini. ibubapaku adalah orang yang paling banyak membantu aku dalam hal ini. dan mereka jugak antara orang yang paling gembira... terima kasih mak dan ayah.... jasa kalian tidak dapat ku balas dengan wang ringgit.... walaupun peluang yang aku terima ini tidaklah sehebat peluang yang orang lain terima, tetapi pada aku, ini sudah cukup bagi aku untuk mengorak langkah untuk maju kehadapan setapak lagi. insyaAllah, aku akan tidak sia-siakan peluang ini dan aku akan hadiahkan sebuah kejayaan untuk mereka... semoga Allah memberkati kami...aminn... anyway, setakat ni jelah cerita ku sempena Syawal 2008.....
Friday, October 10, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
