Wednesday, December 31, 2008

coretan kembara jalanan si puteri tulips dari julai hingga ogos 2008....

JULAI 2008.....


Bulan Julai adalah bulan yang istimewa bagi aku sebab dalam bulan ni, ada satu hari yang begitu bermakna bagi aku iaitu hari ulangtahun kelahiranku.:)....awal2 bulan lagi aku dah kena berkursus di A'Famosa Resort Hotel, Alor Gajah melaka. Aku bertolak pada 29/06/08 ke Melaka dan kursus bermula pada 30/06/08 hingga 04/07/08. selain itu, dalam bulan ni, tak banyak aktiviti yang menarik yang aku lakukan, seperti biasa menjalankan kerja2 harian....



OGOS 20008.....





Bulan Ogos selalunya sinonim dengan bulan kemerdekaan bagi negara kita Malaysia... yang pastinya, pada 31/08/08 akan ada hari cuti bagi meraikan hari kemerdekaan bagi negara kita ini. so, dalam bulan ni, aku banyak balik ke kampung kerana menghadiri kenduri kahwin saudara yang terdekat. Memandangkan ada cuti sekolah dalam bulan Ogos ni, so ramai yang mengambil kesempatan untuk mendirikan masjid:) gambar di sebelah ni, aku dengan anak sedara di hadapan pelamin pengantin, saje ambik berkat:) hehehe mana tau, lepas ni aku plak duk kat pelamin tu.....huhu....tapi "pelamin anganku dah musnahlah"...isk...isk... sedey betul:( gambar diatas plak adalah gambar sanak saudara aku yang pergi kenduri kahwin, my auntie, my sister, my eldest sister with her son and my sister-in-law.... bergaya sakan diaorang nie:)


Dalam bulan Ogos ni jugak, aku menjadi Setiausaha untuk program Hari Keusahawanan Politeknik 2008. Banyak jugak kerja dan banyak jugak dugaan yang aku hadapi.... Tapi alhamdulillah, Hari Keusahawanan berlangsung dengan jayanya pada 05/08/08 dan 06/08/08... apa yang buat aku rasa seronok dan suka sangat apabila Pengarah aku membaca teks ucapan yang aku drafkan untuk dia. hehehe... bangga gilerrr...hehehehe


SEPTEMBER 2008.....



Ha....bulan September 2008 adalah bulan umat Islam menjalankan ibadah puasa. 01/09/08 bersamaan 1 Ramadhan 1429 H. so, bulan puasa ni, tak banyak aktiviti yang aku buat. cuma banyak masa balik kampung dan berbuka puasa dengan pelajar2. Pada 24/09/08 aku mendapat undangan berbuka puasa dengan pelajar semester 5 di kantin Politeknik dan pada 25/09/08 aku mendapat undangan berbuka puasa daripada pelajar2 semester 6. Then aku balik kampung untuk cuti raya pada 27/09/08 bersama seorang schoolmate aku yang bekerja disini jugak. cuma masa sebelum balik kampung tu, aku buat inspection dekat kereta aku, gi servis, cek tayar dan condition yang lain. emmm unfortunately, tayar kereta aku dua biji kena ganti sebab kena paku...sedey giler sebab budget lariiii...isk...isk....isk tapi tak pe, yang penting aku sampai ke kampung halamanku dengan selamat....ooooo....ooooo...balik kampung!!!! ooooo......oooooo.....balik kampung!!!!! iskkkk rasa macam nak raya je sepanjang tahun.....hehehehe

Ni lah gambar rumah aku di kampung..... wahhh rindunye nak balik kampung selalu.....isk...isk...isk

coretan kembara jalanan si puteri tulips mei hingga jun 2008

MEI 2008.....

Bulan Mei 2008 pulak adalah bulan yang boleh dikatakan bulan yang meresahkan....:( hehehe pada bulan ni, aku dan rakan2 yang sejawatan dan seangkatan dengan aku menghadiri satu temuduga untuk lantikan ke jawatan tetap. Temuduga diadakan pada 22/05/08 dan aku bersama tiga orang lagi kawan2 aku bertolak ke sana pada hari sebelumnya dan bermalam di Hotel Seri Malaysia di Ipoh. Berhempas pulas jugaklah kami sebelum ditemuduga tu, tapi Alhamdulillah, hasilnya, semua rakan2 sejawatan dan seangkatan kami berjaya mendapat lantikan tetap... syukur kehadrat Illahi...

Pada 10/05/08, sekali lagi aku menjadi pensyarah pengiring kepada pelajar semester 3 ke lawatan ilmiah ke MIHAS 2008. Selepas lawatan, kami melawat pula Damansara One Utama. (acara sampingan lah tu...hehehe). dan pada 16/05/08, aku mengikut kursus transformasi berpasukan anjuran Jabatan kejuruteraan di tempat kerja aku. kursus itu dijalankan di Hotel Ancasa Kuala Lumpur. Memang seronok dan release tension. yang paling best, aku dapat kenal antara satu sama lain... penat tapi menyeronokkan. dalam kursus ni, kita boleh dapat kenali karakter seseorang yang tidak mengira pangkat, usia,jantina dan kedudukan seseorang. yang secara kesimpulannya, manusia adalah sama, yang membezakan adalah fizikal dan tingkah laku sahaja...wallahualam....

JUN 2008
Bulan Jun 2008 adalah bulan peperiksaan akhir bagi pelajar2 di Politeknik ini. Aku pulak merupakan salah seorang AJK peperiksaan di jabatan aku, jadi banyak lah kerja2 yang melibatkan persiapan sebelum menjelang hari peperiksaan dijalankan. bila tiba musim peperiksaaan ini, hidup aku mula jadi tak terusus sikit, maklumlah, banyak kerja perlu disiapkan sebelum dateline....hehehe... so, bulan ni, tak banyak sangat aktiviti yang aku jalankan......


Tuesday, December 30, 2008

coretan kembara jalanan si puteri tulips april 2008



APRIL2008.....
Bulan April, ada beberapa aktiviti yang aku lalui. pada 11/04/08 sehingga 13/04/08 aku bersama seorang rakan kerjaku membawa pelajar2 semester akhir ke bengkel motivasi, kerjaya dan keusahawanan yang kami jalankan di Pulau Pangkor. Disini sekali lagi aku mengawasi pergerakan pelajar sambil aku juga merupakan seorang fasilitator kepada mereka dan mengendalikan seminar "Keusahawanan sebagai kerjaya pilihan". seramai 30 lebih pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring yang mengawasi mereka. Gambar disebelah adalah pelajar2 yang mengikuti bengkel tersebut dan pensyarah pengiring termasuklah puteri tulips. Kami bergambar di hadapan Bangunan tinggalan sejarah iaitu Kota Belanda di Pulau Pangkor.


Didalam bengkel ini, selain diberi motivasi dan taklimat mengenai kerjaya, mereka juga menjalankan aktiviti riadah seperti snorkling, menaiki banana boat, speed boat, aktiviti membina istana pasir dan pelbagai lagi. ini bertujuan untuk memberi kekuatan fizikal kepada mereka selain pendedahan mengenai peluang kerjaya, mereka juga harus bersiap sedia untuk menghadapi dunia kerjaya yang lebih mencabar diluar sana.... hehehe cun tak puteri tulips pakai peralatan snorkling?!!!!hehehehilang keayuannya:)


Selain itu, pada 19/04/08, jabatan aku mengadakan Family Day 2008 di FRIM, Kepong Selangor. Seronok sangat bagi yang hadir program tersebut, walaupun ianya tidaklah sehebat mana, tetapi, aku rasa bertuah sangat kerana mendapat rakan2 yang very supportive, yang very understanding, very cool dan yang penting semangat kerjasama yang diberikan. Alhamdulilah, program Family day yang kami jalankan meriah dan seronok sebabnya, kami yang hadir enjoy sangat walaupun adalah sedikit "angin dan ribut yang bertiup sepoi2 bahasa" huhuhu wah...bermadah plak puteri tulips ni:)....


dan bagi penutup bulan April 2008, aktiviti yang aku lalui adalah acara Hari Politeknik 2008, dimana ada beberapa acara yang aku dan hampir semua rakan2ku yang terlibat iaitu acara senamrobik bersama semua warga Politeknik dan pelajar2. Meriah dan enjoy....anyway, yang penting release tension.......arghhhhhh.....

coretan kembara jalanan si puteri tulips dari januari hingga mac 2008....

Dalam blog ni, aku nak berkongsi cerita dan kisah aku sebagai kembara jalanan.... cheeewah. bukannya apa, saja nak kongsi cerita dan pengalaman tentang aktiviti dan coretan perjalanan kisah aku si puteri tulips sepanjang tahun 2008. hehehe puteri tulips ni sebenarnya suka kembara seorang diri. aku suka long journey distance, but so far, journey aku masih dalam Malaysia....hehehe tak mampu nak mengembara jauh2 lagi... pitis tak dak:) sebab pada aku, bila kita mengembara atau berjalan2 seorang diri ni kita seolah2 lebih menghargai diri kita dan membuatkan kita rasa lebih berani dan bertambah keyakinan diri...hehehe... lagipun aku saje nak kongsi cerita dengan pembaca semua, kalau rasa boring tu, sorry lah yek? i ni tak penah amik kursus bidang penulisan lagi....huhuhu.... oklah, ikutilah coretan si kembara jalanan puteri tulips....




JANUARI 2008.....
Sepanjang Januari 2008, tidak banyak aktiviti yang aku jalankan. bekerja seperi biasa. cuma pada awal2 bulan, my eldest brother get married. so busy sikitlah dengan buat kenduri dan sebagainya. tapi aku tak lah sesibuk mana sebabnya, aku pun takde cuti. hehehe... lagipun kenduri secara kecil2lan sahaja. bulan Januari pun banyak cuti umum, macam cuti tahun baru, awal muharam dan lain2 lagi. so bila cuti aku just lepak je kat umah... gambar diatas ni gambar my eldest brother on his wedding ceremony with his beloved wife. Acara akad nikahnya pada 06/01/08 dan kenduri di pihak rumah keluarga aku pada 13/01/08. Semoga panjang umur, panjang jodoh, murah rezeki dan bahagia sampai ke akhir hayat...aminnnn...



FEBRUARI 2008.....
Bulan Februari 2008 pulak, tak banyak aktiviti yang aku lakukan. seperti biasa, lakukan kerja macam biasa. cuma pada 05/02/08 kami ada macam konvensyen di Putrajaya Marriot Hotel, Putrajaya. as per photo attached.... aku yag paling comel sekali at the right side....hehehe then pada 09/02/08 aku bersama kak long aku dan famili dia pergi berpicnic di tepi laut di Kuala Linggi. takde gambar yang dirakamkan...:(..then pada 12/02/08 aku bersama kawan membawa pelajar - pelajar semester 3 ke taklimat Kepenggunaan olah Datuk Shapiee Afdal di Ipoh... selain itu, aktiviti - aktiviti bersama pelajarlah yang banyak aku lakukan.....



MAC 2008.....
Bulan ketiga dalam tahun 2008 adalah Mac 2008. dalam bulan ni, adalah beberapa aktiviti yang menarik yang aku jalankan. pada 01/03/05 aku mula mendaftar untuk menyambung pelajaranku di sebuah institusi pengajian tinggi yang terkemuka, tetapi atas sebab ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa membatalkan pendaftaran tersebut. mungkin takde rezeki kot:(... emmm.... pada 06/03/08 pula, aku membawa pelajar - pelajar dibawah seliaanku mengikuti lawatan ilmiah mereka ke Damansara. aku menjadi pensyarah pengiring selain pensyarah yang mengajar mereka dalam matapelajaran tertentu. pada 07/03/08 pula, kami dapat cuti sempena hari mengundi 2008 dan peluang ini ku ambil untuk pulang kekampung. pada 10/03/08 dan 11/03/08 pula aku mengikuti kursus ditempat kerjaku dalam bidang penggunaan alatan audio visual dan sistem PA. enjoy jugak ikuti kursus ni, sebab kita boleh tahu tentang peralatan yang digunakan, cara pengendaliannya dan persiapan untuk menggunakannya. quite interesting...hehehe... dan pada 15/03/08 aku mengikuti lawatan Puspanita ditempat kerjaku ke Putrajaya. diantara tempat yang kami lawati adalah (MISA) Malaysia International Space Area.... ha.. gambar diatas adalah gambar aku bersama salah seorang angkasawan yang terlepas.....hehehe
Dan pada penutup Mac 2008, aku sekali lagi menjadi pensyarah pengiring kepada pelajar semester 3 dalam aktiviti kem Team Building yang diadakan di kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat Selangor. Aktiviti ini dijalankan pada 28/03/08 sehingga 30/03/08..... objektif aktiviti ini adalah untuk menggalakkan pelajar untuk bertindak dalam kumpulan, memotivasikan mereka supaya lebih berjiwa kental, berani, pandai menguruskan masa dan bertindak mengikut keadaan yang betul dan tepat pada masanya. diantara aktiviti lasak yang dilalui oleh pelajar2 adalah seperti abseiling, flying fox, berjalan dalam hutan seorang diri waktu malam, dan memasak didalam hutan dengan bekalan yang begitu terhad disediakan. selain dari sesi ceramah dan permainan indoor diadakan, pelajar jugak digalakkan menunjukkan kreativiti masing2 dalam menyelesaikan sesuatu masalah. gambar di sebelah adalah gambar puteri tulips sedang bersedia untuk menjalankan aktiviti abseiling.... hebatkan puteri tulips ni?:)hehehe

WELCOME 2009....

"SELAMAT TINGGAL 2008 DAN SELAMAT DATANG 2009!!!!"

Lama betul aku dah tak update blog aku ni. terlalu sibuk, tidak berkesempatan dan terlalu penat untuk memikirkan apa yang hendak aku coretkan didalam blog aku ni. anyway, memandangkan sejak aku begelar pelajar, aku dah mula sibuk dengan tugasan2 yang diberikan oleh pensyarah, tugas aku jugak terlalu banyak yang hendak dilakukan sebagai seorang pendidik. tetapi ini semua aku lakukan dengan keadaan yang terkawal...hehehe...orang bijak kena pandai kawal keadaan kan? hehehe...kadang2 perlu juga beremosi.... oklah, memandangkan sekarang ni dah masuk tahun baru hijrah 1430 dan lusa akan masuk tahun baru masihi 2009, banyak perkara yang perlu aku lakukan post mortem terahadap diri aku dan pencapaian yang aku dah buat, belum buat, akan buat dan tidak akan buat. Sebenarnya, hakikat manusia hanya mampu merancang, Allah yang Esa yang akan menentukan. ada jugaklah azam yang aku dah pasang awal tahun 2008 dulu tak tercapai lagi, tetapi perkara penting lain pulak hadir dalam hidup aku, yang aku tak jangka... apa2pun aku memanjatkan rasa syukur yang terlalu tinggi kehadrat Ilahi kerana merezekikan aku perkara yang baik dalam hidup aku ini di dalam kerahmatan dan keberkatanNya. Selain itu, sebagai manusia biasa juga, aku tidak terlepas dari melakukan kesilapan, dosa dan perkara yang tidak sepatutnya dan membazir dalam hidup aku. iyelah, namapun manusia yang serba lemah dan tak kuat iman... anyway, apa pun yang telah berlaku ada hikmah dan rahmat disebaliknya.... hidup perlu diteruskan...chaiyok!!! chaiyok!!!! puteri tulips......

Friday, October 10, 2008

syawal 2008....

Tahun ni, raya ku sambut dengan sederhana. biasa - biasa sahaja suasananya. meriah pada kanak - kanak dan pada yang dewasa, peluang untuk bertemu saudara mara dan bermaaf - maafan tidak di lepaskan. aku pergi beraya kerumah saudara mara yang dekat saja. raya ke empat baru balik ke kampung sebelah ayah ku di negeri sembilan. ada jugak lah rakan - rakan ku yang datang kerumah, banyak jugak lah cerita yang aku dapat, maklumlah bila dah berjumpa, ada saja celoteh yang terkeluar. tapi, dalam meriah suasana raya yang aku sambut, jauh disudut hati aku, teringatkan insan - insan yang pernah bertakhta dekat hati ini:( apakan daya, hidup perlu diteruskan jugak:)..pada raya tahun ini jugak merupakan raya yang sangat bahagia buat aku, kerana peluang atau rezeki yang aku tunggu - tunggu, aku dapat pada hari raya ke lima. syukur alhamdulillah.... akhirnya aku dapat membahagia dan gembirakan kedua-dua orang tua ku. aku takkan sia - siakan peluang yang aku dapat ini. ibubapaku adalah orang yang paling banyak membantu aku dalam hal ini. dan mereka jugak antara orang yang paling gembira... terima kasih mak dan ayah.... jasa kalian tidak dapat ku balas dengan wang ringgit.... walaupun peluang yang aku terima ini tidaklah sehebat peluang yang orang lain terima, tetapi pada aku, ini sudah cukup bagi aku untuk mengorak langkah untuk maju kehadapan setapak lagi. insyaAllah, aku akan tidak sia-siakan peluang ini dan aku akan hadiahkan sebuah kejayaan untuk mereka... semoga Allah memberkati kami...aminn... anyway, setakat ni jelah cerita ku sempena Syawal 2008.....

Wednesday, September 24, 2008

menjelang syawal 2008.....

dah lama rasanya aku tak update blog ni. sibuk, banyak keje dan tak menang tangan...itulah yang boleh aku katakan. bukannya sibuk dok buat persiapan raya, tapi sibukkan hal kerja. banyak yang perlu disiapkan dan perlu dilengkapkan sebelum cuti panjang dan sempena audit pengawasan di tempat kerja aku oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. so, tanggungjawab sebagai khalifah Allah aku tunaikan seiring tanggungjawab aku kepada kerja2 aku pun aku perlu tunaikan. alhamdulillah...dapatlah aku menyiapkan sesempurna yang mungkin, walau tidak pasti betul atau salahnya.. yang penting tugas telah diselesaikan... sebut pasal persiapan raya, aku tak lah sesibuk mana. beli ala kadar, guna apa yang ada. lagipun, yang penting niat kita beraya dan pengertian raya itu sendiri perlu kita fahami. wallahualam... cuma aku rasa, raya tahun ni, akan ada kelainan dalam hidup aku. yea mungkin perubahan yang membawa kepada sesuatu yang bermakna dalam hidup aku...amin... insyaAllah, aku berharap agar ianya berjalan seperti yang dirancang.... emmm sebulan berpuasa, buatkan aku rindu lagi untuk menunggu kehadiran ramadhan yang akan datang. walaupun, bila tiba bulan puasa, aku di uji Allah dengan kurangnya nikmat kesihatan dan juga kurang tenaga. demi suruhan Allah yang wajib aku tunaikan, aku kuatkan iman, teguhkan hati, tabahkan diri menjalankan tanggungjawab yang di suruh... alhamdulillah, setakat hari ni, takde lagi masalah kesihatan yang teruk aku hadapi. semuanya masih boleh ku hadapi... syukur kepada Allah... insyaAllah, pada sabtu 27/09/08 bersamaan 27 Ramadhan, aku akan pulang ke kampung. perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih, membuatkan aku kena berhati2 bila di jalan raya.... oklah, untuk pembaca2 blog aku ni, aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin dan mohon kemaafan sekiranya kata2, tulisan atau perbuatan aku pernah, telah atau akan tersinggung hati dan perasaan kalian semua, disini, aku dengan rendah diri memohon kemaafan zahir batin dan dunia akhirat dari kalian semua.....

Tuesday, September 2, 2008

berjalan - jalan ke kuala lumpur.....

Hari sabtu 30/08/08, aku ke kuala lumpur berjumpa dengan kakak angkatku, famili dia dan anak sedara dia yang berkawan dengan aku tu. so, aku sampai K.L dalam pukul 10.30 pagi, terus pergi SOGO. Ya ALLAH, punyalah ramai orang membeli belah, naik pening kepala aku. yealah, semua nak kejar sebelum hari puasa dan kejarkan masa SALE. so, aku pun temankanlah kakak angkatku bershopping untuk famili dia, dari tingkat 1 sampai ke tingkat yang paling atas sekali. wah, penat jangan cakaplah... then lepas bershopping, ikut dia balik hotel sebab nak ambil anak2 dia dengan husband dia, nak pergi Berjaya Times Square plak... so, dari hentian Putra (STAR) nak ke hotel, kami berjalan kaki...isk..isk..penat:( pastu, terus ke stesen STAR LRT jalan hang tuah dan dari situ amik monorail ke jalan Imbi... boleh je menapak ke sana, tapi aku rasa macam tak sanggup dan kesian tengok budak2 tu nak kena berjalan:( sampai kat sana, dia terus je pergi COSMO world untuk main games kat situ.. so, aku, kak hanas, anak perempuan dia and anak sedara dia (along) kitaorang cari KFC lepak kat situ sambil makan. so, dapatlah berehat sekejap... lepas diaorang semua dah puas berjalan - jalan dan bermain - main, aku pun balik ke puduraya, then ambil bas terus ke rumah kakak aku dekat cheras. so perjalanan dalam 45 minitlah sebab ada jammed dekat jalanraya. dalam bas, dapatlah rehat sikit... sampai je dekat luar taman rumah kakak aku, aku kena menapak lagi dalam lebih kurang 30 minit untuk ke rumah kakak aku... nobody can pickup me:(...wahhh berjalan lagi....kaki aku sakit, tok sah nak cerita lah... but dah janji dengan kakak aku, nak balik melaka sama dengan dia. so, sampai je kat umah dia, aku lepak habis....penat gilerrr... pas tu dalam pukul 8.30 mlm, we all gerak balik melaka. dalam on the way nak balik, anak sedara aku, si abang teringin pulak nak makan sate. so singgah sekejap dekat bangi, beli sate plak. maklumlah malam minggu, ramai orang...kena tunggu lagi... gedebak - gedebuk... sampai kampung dalam pukul 11.00 malam... penat usah ceriterlah..:( walaupun penat, tetapi malam tu, sempat lagi aku tengok kemeriahan sambutan hari kemerdekaan yang ke - 51 dalam tv... hehehe semangat patriotik menebal dalam diri ini!!!! wakakakaka..... oklah, apa2 pun, penat ke, letih ke, tired ke, yang penting kita enjoy!!!!!!!! daaaa...

Friday, August 22, 2008

aku kan terus pergi....



Sakitnya hati ini bila ditinggalkan saja
apakah yang ku beri tiada erti cinta
buat apa ku disini
mengharap yang takkan kembali
sia-sia pengorbananku
cukup kau menyalahkanku

Aku kan terus pergi tanpa ragu
ku hapus segala kenangan
Aku kan terus pergi tinggalkanmu
Ku pasti takkan kembali

Mulanya diri ini mampu saja tuk bersabar
Akhirnya semua punahku tak bisa tegar
Bagai mengejar pelangi
makin ku dekat kau jauhi
Aku punya harga diri
Cukup berakhir disini

Aku kan terus pergi tanpa ragu
ku hapus segala kenangan
Aku kan terus pergi tinggalkanmu
Ku pasti takkan kembali
Buat apa ku disini
mengharap yang takkan kembali
sia-sia pengorbananku
cukup kau menyalahkanku

Aku kan terus pergi tanpa ragu
ku hapus segala kenangan
Aku kan terus pergi tinggalkanmu
Ku pasti takkan kembali
Bagai mengejar pelangi
makin ku dekat kau jauhi
Aku punya harga diri
Cukup berakhir disini......

Happy birthday hadif...




si adik tengah berposing....wahh... macho giler nih:) hehehe

Hari ni 22/08/08 hari lahir anak saudara ku, si adik. dah masuk 3 tahun dah dia:) sekejap je rasanya dah besar dah... semalam aku call kakak aku, sebab nak nyanyikan lagu happy birthday untuk dia, tapi dia tengah minum susu terus tertidur:( penat sangat kot, main je dia... maklumlah budak yang aktif, tak boleh duduk sekejap. dia ni suka buat kerja sorang2, biasanya dia tak ganggu kita buat kerja, tapi kerja yang dia buat tu, memang kena perhatian kita, sebabnya, kerja yang dia buat selalunya MERBAHAYA!!! macam lagu kumpulan POP SHUVIT dalam movie IMPAK MAKSIMA tu!! aksi dia kat rumah selalunya, memanjat tangga, memanjat grill pintu, berdiri atas motor dan macam2 lagi lah aksi dia yang buatkan kita jadi tak boleh nak diamkan mulut:) hehehe sehari jaga dia kat rumah, penatnya macam berlari 10 pusingan padang balapan:) hehehe...movie tu si adik ni suka tengok... sampai kakak aku belikan CD untuk dia tengok dan sampai dia dah boleh hafal lirik lakonan artis dalam movie tu... budak2 kan, cepat je mengikut, hati diaorang ni terang lagi:) anyway, HAPPY BIRTHDAY to adik.... semoga panjang umur, murah rezeki dan don't be a naughty boy!!amin...insya Allah..

ha, ni si adik tengah termenung, ntah apa lah yang difikirkan tu? tengah dok fikir apa kerja yang aku nak buat lagi lepas nih!!!! bukti daripada kesan kerja2 yang dia buat, tu dekat siku kanan dia berparut.... ish...adik, adik... hehehe

Thursday, August 21, 2008

Inilah ketentuan....

SEGALANYA TELAH BERAKHIR....
Di dalam diri ini
Tersimpan duri-duri
Luka yang kau tinggalkan
Tak terpadam walaupun balutnya
Pedihnya hati ini
Mengenangkan kembali
Kemesraan cinta kita
Hancur berkecai di simpang jalan
( korus )
Mengapa tergamaknya hatimu
Menghancurkan impianku
Untuk memilikimu
Apakah tidak layak untukku
Menyuntingkan dirimu
Menghiasi kamarku yang gelisah
Segalanya telah berakhirTanpa kerelaan daku
Ku terima suratan takdir
Untukku melupakan dirimu......
Ku terima suratan takdir
Untukku melupakan dirimu...................
Inilah yang dinamakan ketentuan.... sakitnya melupakan insan yang kita sayang, tetapi lebih sakit jika kita terus biarkan hati kita disakiti oleh insan yang disayangi.......

ALLAH won't....

    INGATLAH WAHAI MANUSIA.......

  1. ALLAH won't ask what kind of car you drove, but will ask how many people you drove who didn't have transportation.
  2. ALLAH won't ask what your highest salary was, but will ask if you compromised your character or obtain that salary.
  3. ALLAH won't ask the footage of your house, but will ask how many people you welcome into your home.
  4. ALLAH won't ask about the fancy clothes you had in your closet, but will ask how many of those clothes helped the needed.
  5. ALLAH won't ask about your social status but will ask what kind of class you displayed.
  6. ALLAH won't ask how many material possessions you had but will ask if they dictated your life.
  7. ALLAH won't ask how much overtime you worked, but will ask if you worked overtime for your family and loved ones.
  8. ALLAH won't ask how many promotions you received, but will ask how you promoted others.
  9. ALLAH won't ask what your job title was but will ask if you performed your job to the best of your ability.
  10. ALLAH won't ask what you did to help yourself, but will ask what you did to help others.
  11. ALLAH won't ask you how many friends you had, but will ask how many people to whom you were a true friend.
  12. ALLAH won't ask you did to protect your right, but will ask you did protect the rights of others.
  13. ALLAH won't ask you in what neighbourhood you lived, but will ask how you treated your neighbours.
  14. ALLAH won't ask about the color of your skin, but will ask about the content of your characters.
  15. ALLAH won't ask how many times you deeds matched your words, but will ask how many times they didn't.

kakak angkatku...

KAK HANAS....
Dah lama aku tak update blog ni...bukan takde masa, banyak masa, cuma malas je...hehehe... anyway, semalam aku chat dengan kakak angkat aku. dia ni orang Terengganu kite...:) aku kenal dengan dia melalui chatting at Yahoo messanger.. mula2 aku chat dengan husband dia, but then dia chat dengan aku plak... oleh kerana kami ni berniat ikhlas antara satu sama lain, so silaturrahim kami berkekalan sehingga hari ini.. alhamdulillah... dah dua kali aku pergi melawat dia dekat trganu, dia je yang tak sampai2 umah aku lagi:( bila ntah dia nak datang aku pun tak pasti, but hopefully dia akan dapat juga penuhi permintaan aku untuk datang ke rumah aku di Melaka... kalau cerita pasal silaturrahim ni, aku suka kalau berkawan dengan orang yang dari negeri yang berbeza dengan aku... bukan apa, bila aku melawat ke sesebuah negeri tu, adalah orang yang aku boleh singgah untuk ziarah:) seronok tau kalau kita pergi sesuatu tempat tu, ada yang kita kenal selain saudara mara kita:) tapi ada juga orang yang aku kenal, dengan sombong dan bongkak tak nak befriend dengan aku... biasalahkan manusia ni macam2 ragam Allah jadikan... Subhanallah... anyway, berbalik kepada cerita kakak angkat aku ni, dia, husband dia, anak2 dia and family dia aku dah anggap macam family aku dah... diaorang ni semua baik dengan aku, in fact, anak sedara akak ni pun dah jadi member aku... but kadang2 tu terasa hati jugak, biasalah...sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pulak manusia yang banyak kelemahan....wallahualam... actually, nama kakak ni Che Zaituhanas dan husband di En Ahmad. Couple ni ada 3 orang anak, dua lelaki dan satu perempuan. semuanya cute belaka:) aku panggila akak ni kak hanas. semalam aku suruh dia buka blog aku ni, pastu dia pun nak tumpang sekaki dalam blog aku ni, nak promotelah tu....hehehe.. but then dia hanya email dekat aku gambar dia and husband dia dan gambar dia dengan adik beradik dia... dia tak send pun gambar anak2 dia:( so, aku boleh upload gambar dia n husband dia jelah:) kalau tengok dari gambar ni, kak hanas and husband dia dah makin TEMBUN....hehehe.... nak challenge aku kot!!!wakakakak... tapi elok lah kak hanas ni berisi sikit, kalau dulu, kurus melidi je dia, sampai melengkung badannya, sekali tengok macam tak cukup zat, tapi makan bukan main semangat lagi dia:)heheheh...jangan mare!!... dia ni sekarang dah jadi businesswoman, husband dia buka insurance agent but then dia yang managed.... so sekarang ni dia sibuk dengan anak2 dan kerjaya dia... anyway, inilah cerita dia yang aku boleh coretkan dalam blog ni serba sedikit...nak cerita panjang2, tak larat nak menaip.... oklah...choww

Monday, August 18, 2008

kenduri kahwin...

aku baru balik kampung last week on friday 15/08/08 to attend my niece and nephew's wedding. maklumlah start 16/08/08 until 24/08/08 school holidays. so berebut2lah orang nak buat kenduri kahwin...so, aku and my siblings balik kampung and pergi kenduri kahwin anak2 sedara kitaorang. penat, tapi kenyang sebab dapat makan kenduri... seronok tengok orang mendirikan rumahtangga ni, but masa i belum tiba lagi...hehehe..jodoh belum sampai...:) anyway, yang best bila attend kenduri kahwin ni, dapat jumpa relatives yang dah lama tak jumpa, kalau jumpa pun, last jumpa masa abang aku nikah bulan januari 08 ari tu, so ni jumpa balik lah... but insyaAllah for this becoming Syawal 2008, we will meet again... :)

Friday, August 15, 2008

Ramadhan dan Syawal datang lagi...

RAMADHAN DATANG LAGI....
Alhamdulillah, 2 minggu lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. aku suka bulan Ramadhan ni, pertama, sebab dapat buat ibadah, ke 2 sebab dapat jadi baik sikit:) sebab kurang tenaga nak aktif, ketiga dapat diet, ke empat dapat istiqamah dan yang paling best dapat raya:)huhuhu... tahun 2008 ni, tahun kedua aku berpuasa di sini...kalau ikut pengalaman lepas, sepanjang aku berpuasa disini, aku tak makan nasi, sebab lauk pauk disini tak kena dengan selera aku:( bukan cerewet, bukan memilih, bukan kufur nikmat....tapi memang tak boleh nak terima dek tekak aku:(...so apa yang jadi favourite aku adalah popiah goreng dan popiah sambal....itulah yang hari2 aku makan...housemate aku pun sama....balik kampung baru makan masakan mak....emmmm barulah 'show' bila makan...hehehe...biasanya, bila puasa ni, aku kurang sikit aktif, maklumlah..tenaga kurang....anyway, bulan puasa ni adalah bulan kita beribadah...so let kita happy buat ibadah pada Allah.....

SYAWAL MUNCUL PULA....

Setelah sebulan berpuasa, tiba hari raya....saat ni yang paling best sangat....bergumbira dihari raya...Alhamdulillah pada hari raya tahun 2007 yang lepas, semua adik beradik ku beraya besama....seronok sangat...and yang paling penat dan letih biasanya akulah, sebab banyak keje yang aku kena buat sorang2:( sebab kakak2 aku semua sibuk nakbalik umah mertualah, gi sana lah, gi sinilah...last2 yang tinggal akulah sorang kat umah...apalagi, memang kena buli lah....kat umah memang aku selalu kena buli ngan kakak2 aku..diaorang panggil aku ni "minah blurr anak cina tibet" sedihnye...hehehe anyway, apa2pun diorang panggil aku, aku enjoy....:) oklah...aku nk cerita sikit pasal aktiviti pagi raya....biasanya, aktiviti wajib kitaorang buat di pagi raya...hehehe...mula2 bersalaman memohon maaf dengan parentlah....
KAK LONG KU.....


Ini kakak ku yang sulung. kita orang panggil dia kak long. married with 2 childrens. Dia mintak maaf siap bagi duit raya lagi kat mak aku:) hehehe...aku tak bagi duit raya by hand, aku banked in je dalam akaun...hehehe canggih sikit. kakak aku ni pagi2 raya yang akan kerah adik2 dia untuk beratur dan mintak ampun dan maaf dengan mak dan ayah aku....dialah yang akan aturkan kita orang...dia ni kalau nak buat apa2 mesti dia akan arahkan adik2 dia...dia ni ada sifat2 kepimpinan sikit.hehehe maklumlah anak sulung...kadang2 dia ni diktator sikit...
ABANG NGAH KU....

Ha...yang ni ni the only eldest brother that i had. kitaorang panggil dia bangah. married with no kid. dia ni quite serius, garang dengan adik aku but dengan aku, dia care sikitlah.hehehe...tahun ni, dia beraya dengan wife, tahun lepas dia bujang lagi...so tahun ni ahli keluarga kitaorang bertambah lah lagi sorang....hehe.. abang aku ni boleh dikatakan anak kesayangan mak aku jugaklah..anak lelaki sulunglah katakan...tapi mak aku sayang semua anak2 dia... i luv u mum...:)

KAK LANG KU....

Ini pulak kakak aku yang kedua. married with no kid. kitaorang panggil dia kak lang, tapi anak2 buah aku panggil dia 'Mak Yang Cun' perasan...huh..:) anyway, kakak aku yang ni garang sikit. dia selalu marah aku. dia kalau marah, semua orang diam....husband dia pun terdiam...hehehe..garang macam harimau dia ni! hehehe..anyway, dia baik hati. aku suka cerita pasal life aku kat dia. dia gak tempat aku cerita susah, sakit and happy. Dialah yang panggil aku minah blurr..hehehe..dia jugaklah yang selalu buli aku:(....

AKU LAH....

Ini pulak anak bongsu perempuan pasangan mak dan ayah aku....hehehe cute dan manje kan? sngle and available..huhuhu.. aku ni tak lah manje sangat, dah besar panjang pun kena marah jugak dengan mak n ayah:( sebab terlalu mengade2.. mana dia orang tak marah..wakakaka...anyway, i love you all very much and mak!ayah! anakmu ini ingin mohon maaf dan ampun dunia dan akhirat.. halalkan makan dan minum....kasih sayang dan pengorbanan kalian akan sentiasa ku abadikan dalam hati nurani ku ini...... amin..barakallahufiqh... LUV U ALL VERY MUCH!!!!!


ADIK KU...ABOY....


Ha ni my youngest brother....the only youngest brother that i had. single, but toomany girlfriends that he had..huh. Dia ni memang lebih manje dan mengada2 dari aku... dah besar panjang pun manje lagi..isss..jeles aku:)hehehe... dia ni selalunye liat kalau nak bangun pagi2 raya untuk acara salam bersalaman ni, tapi ntah macamana tahun lepas, dia bangun awal dan sama2 dengan kita orang dalam acara bermaafan ni...hehehe... dia ni adik yang aku paling sayang dan yang paling aku geram. dialah adik yang aku ada dunia dan akhirat. dia degil, dia manje, dia mengade2, dia pemalas, pendek kata semuanya dia lah...tapi yang buat aku touching and sayang kat dia, kalau dah lama aku tak balik kampung n kalau dah lama tak jumpa dia,dia akan peluk aku, konon nak lepaskan rindulah...hehehe mengade2..but aku happy sangat dapat famili yang sayang dekat aku....:)
Inilah antara acara wajib kami satu famili....

BERGAMBAR DI PAGI RAYA....

Biasanya, kami berlima beradik akan set tempat untuk kami selalu bergambar. Kami akan set up tempat dalam rumah, cari port baik punya untuk berposing. pagi2raya tu jugaklah, setting kerusi untuk nak posing. biasa nya acara ni ,kitaorang buat lepas semua orang balik sembahyang raya, lepas bermaaf2an. kalau pagi2 ni biasanya kecoh sikitlah, sebab semuanya kena buat sebelum tetamu datang.kalau diaorang dah datang, abislah kena serbu... memang dah takde masa nak berposing lagi hehehe.... inilah adalah salah satu port yang biasanya menjadi tempat we all berposing...


ACARA BERGAMBAR BERMULA....

Ha...inilah gambar keluargaku yang tercinta!.... aku ada lima beradik dan 2 orang anak sedara. yang duduk depan ayah aku tu, sepupu aku. dia ni anak istimewa. dia memang terlalu istimewa dalam famili aku...mak n ayah aku jaga dia macam anak dia sendiri...kalau kita orang usik dia, kita orang balik kena marah and kalau dia takde kat umah tu, akan sunyilah umah tanpa keletah dia yang kadang2 tak terjangka oleh fikiran kita:).. dia ni ibarat penghibur hati mak n ayah aku, maklumlah anak2 dia semua dah tak duduk kat umah tu, semuanya berdagang ketempat orang:) hehehe

Ini pulak gambar aku bersama adik-beradik ku yang lain. Kami ni berlima beradik. 2 lelaki dan 3 perempuan. Kak long, Bangah, Kak Lang, Kak Cik dan Aboy.... kita orang berlima ni bermacam2 ragam dan perangai...hehehe...maklumlah, banyak orang bayak ragam... tapi selalunya yang kecik lah kena buli!!!!Selalunya akulah suka dibuli oleh kakak and adik ku:(huhuhu sedihnye....:) so, gambar ni we all ambil masa raya 2007...tahun lepas daaa....



Yang ni pulak anak2 buah kesayangan ku..abang dan adik...hehehe..diaorang ni, kalau berdua, ada masa baik dan ada masa gaduh, biasalah budak2 ....yang si adik ni, tak boleh nak duduk diam2 walau seminit. kadang2 aku rasa macam nak inject dia dengan ubat tidur, biar dia senyap sekejap.. dia akan duduk diam kalau dah tidur je....yang abang pulak, manje je lebih... dia ni suka body attached dengan orang...sape2 saje yang ada dekat dengan dia, mula lah dia menggesel2 kan badan dia dekat kita.....hehehe memang manja....

Wednesday, August 13, 2008

subjek baru lagi...



Thanks to my friends yang bagi comments dekat blog title subjek baru.... thanks for all your concerns and advices and i really appreciate it:) memang tak dinafikan, jauh di sudut hati aku, aku istiqamah diri dengan apa yang orang buat pada aku... yea, aku lebih percaya pada takdir dan hikmah dari ALLAH... semoga dikurniakan banyak kebaikan pada diriku atas kesempatan orang lain terhadap diriku...aminn.. cuma, aku rasa, dalam organisasi tempat aku bekerja ni, perlu ada sesuatu perubahan yang boleh membawa kepada kebaikan. Tak tau lah, silap sape, tapi aku rasa ALLAH menguji semua yang ada dalam organisasi ni, untuk mendapatkan keredhaanNYA....wallahualam. yang bermusuhan, tidak berpuas hati, dengki mendengki, menceritakan kekurangan dan keburukan orang lain, secara rendah diri jugak, kadang2 aku pun turut sama tergolong dalam golongan ini...SubhanAllah...Ya Allah! ampunilah dosa hamba mu ini....amin... cuma aku rasa macam perkara macam ni perlu ada pembaikan... organisasi ini perlu ada yang bimbing ke arah kebaikan...dan kearah yang lebih baik. bayang kan, kita bekerja ditempat yang penuh dengan propaganda yang mungkin niatnya kurang baik atas kita, kita ibarat bekerja di tempat yang berlaku peperangan....tanpa kita sedar, peluru sesat boleh terkena kita pada bila2 masa dan tak kira masa....ini akan berlaku sekiranya masih ada perasaan tidak puas hati, tidak ada perasaan kasih sayang antara satu sama lain, dan tidak ada sikap maaf - memaafkan antara satu sama lain.... setiap kali aku dalam perjalanan ke tempat kerja, selalu aku berdoa agar akan ada perpaduan dalam organisasi aku, jauhkan dari perbalahan dan pergaduhan dan aku berdoa semoga kami semua diberkati....aminnn...insyaAllah.... tapi aku amat berharap agar insan2 didalam organisasi ini memiliki keseronokan bekerja seperti dalam sebuah keluarga atau kumpulan...organisasi ini bukanlah besar mana....seperti bunga tulips didalam gamabar diatas, nampak cantik apabila dikumpulkan...begitu jugak kita, kalau dikumpulkan dengan akhlak dan perangai yang baik, insyaAllah akan cantik seperti kumpulan tulips diatas:) pusing2 kat sini jugak kita berada....wallahualam.....

SENYUMAN...


Tahukah kamu bahwa senyum itu menular?

Menerimanya seperti terjangkit flu.
Hari ini seseorang tersenyum padaku, dan aku balas tersenyum juga.
Di poKok ruangan seseorang melihatku tersenyum dan ia mulai tersenyum pula.

Aku jadi sedar bahwa senyum dapat ditularkan.
Lalu aku memikirkan dan mengukur senyumku. Senyum yang unik, seperti senyumku, dapat menyebar ke seluruh dunia.
Jadi, kalau kamu merasa ingin tersenyum, janganlah berusaha menghentikannya.

Marilah kita mulai menyebarkan wabah senyum sekarang juga, hingga mempengaruhi seluruh dunia!
Tetaplah tersenyum dan kirimkan artikel ini pada para teman dan sahabatmu. Lagi pula, bukankah setiap orang memerlukan senyum?!!!


Tuesday, August 12, 2008

wanita...

SEORANG WANITA DICIPTAKAN DARI RUSUK SANG LELAKI, BUKAN DARI KAKINYA UNTUK MENGINJAKNYA, TIDAK DARI KEPALANYA UNTUK MENGUASAINYA, TETAPI DARI SISINYA, AGAR KEDUANYA MENJADI SETARA.... DALAM DEKAPAN UNTUK MELINDUNGINYA,...... DI SELA RELUNG HATI, UNTUK MENCINTAINYA. PASTIKAN ANDA TIDAK SEKALI - KALI MEMBUAT SESEORANG WANITA MENANGIS, KERANA TUHAN MENGHITUNG BUTIR - BUTIR AIRMATANYA...

subjek baru.....

entahlah aku pun tak faham dengan sistem pengagihan kerja dekat tempat aku ni... actually aku bengang dengan my boss. dia bagi aku ajar subjek baru, subjek yang aku tak pernah belajar. aku tak pernah study pun subjek tu. aku rasa tertekan dengan apa yang dia suruh aku buat...ajar COMPANY LAW....giler apa!!!! buku company law pun aku tak penah selak.... now i notice that, why JP tak maju and tak efficient dalam buat sesuatu....pengagihan kerja bukan pada orang yang sepatutnya....main tangkap muat je...no wonder lah result pun ala kadar je........ aku memang tak puas hati dengan boss aku. biarlah kalau korang baca ni kata aku ni tak baik cakap macam tu ke...but i should pride to myself not proud to myself.... sape tak sakit hati, kalau kena buat benda yang kita tak tau... kalau keje tu related dengan bidang aku, aku terima...ini tidak...out of service!!!!!! ishhh...aku tak faham lah zaman sekarang ni macam mana orang buat kerja....kot yea pun nak multi tasking, jangan lah sampai buat orang sakit hati!!!!! boss aku tu suka put a task to unrelated person...kerja yang diberikan bukan kepada orang yang sepatutnya!!!! ntah apa-apa ntah.....arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tension gilerrrrrrrrrrrrrrr

Friday, August 8, 2008

selesai sudah tanggungjawabku...

semalam, aku tak sempat nak menulis dalam blog ni. pack dengan kelas and buat keje sikit. so ari ni, aku nak cerita lah pasal tanggungjawab ku dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menguruskan program hari keusahawanan. sebagai manusia, aku akur akan kesilapan dan kelemahan yang aku telah buat, samada sengaja atau tak sengaja sebab apa, human beings are always forget.... so kepada kawan - kawan AJK hari keusahawanan, aku mintak maaf bebanyak diatas kekurangan yang datang dari diri aku sendiri... Alhamdulillah, semuanya dah selesai. aku rasa macam beban yang ditanggung dah takde. so sekarang ni, aku nak tumpu pada kerja - kerja mengajar plak. anyway, penat aku terbalas apabila tengok pelajar - pelajar aku berniaga. semangat dia orang ni, boleh dijadikan sebagai satu pemangkin untuk aku terus mengajar matapelajaran P3117.:) PA aku pun sama buka gerai....sibuk dia promote dekat mummy dia untuk beli barang2 yang dia jual. so, aku pun pergilah beri moral support:) nak bagi modal support tak mampu...hehehehe... hari terakhir, ada sedikit masalah dengan unit pembangunan untuk menurunkan khemah yang telah dipasang. kelam kabut jugak, tapi Alhamdulillah, Allah memudahkan kerja aku dan Allah jugak yang mengizinkan aku menyelesaikannya....Syukur kepada Allah.. but yang buat aku rasa tertekan sikit, hari terakhir program tu, aku ada terima satu berita yang buatkan aku rasa down.:( mood aku tiba2 berubah... but demi tanggungjawab yang diberi, aku kuatkan semangat, walaupun aku terasa seperti nak terduduk waktu tu.... segalanya aku serahkan kepada Allah yang Maha Kuasa. anyway, everything is ok... ok...daaaa

Friday, August 1, 2008

bunga tulips....

ari ni, aku ada masa lapang sikit, walaupun assignment student tak abis tanda, kuiz pun tak abis tanda, tapi i have to spend time for myself, to entertain myself from work pressure:) hehehe..atau kata lain nye, ngularlah, apa lagi.. bukan selalu, bila takde kelas je aku dok buat benda ni, bila ada kelas atau banyak kerja, aku fokus pada kerja. anyway, aku nak cerita sikit pasal nama blog aku ni, "tulips_princess"... very nice name:) aku pilih nama bunga tulips sebab aku suka sangat dekat bunga tulips ni, walaupun secara livenya aku tak penah tengok dan pegang bunga ni, but i like it most:) aku ni bukan lah minah yang suka bunga sangat, tapi the only flower that i like most is Tulips.



so aku letaklah blog aku ni namanya tulips_princess... nama princess ni sempena aku ni kan wanita yang tak berumahtangga lagi, so, gelaran puteri tu sesuai untuk aku:) takkan nak letak prince kot, queen plak aku belum kahwin...kalau king lagi tak kena... so the cutties and swetties name is tulips_princess lah..hehehe.. actually, aku ni berangan - angan satu hari nanti nak pergi ke negara Belanda nak tengok sendiri bunga ni, nak berada di tengah 2 padang bunga tu dan bergolek2 kat situ macam dalam filem hindustan tu....hehehe takpe, i think that i still got a chances to go there, may be with my beloved future husband:) having our honeymoon time together at Belanda...hehehe takpe,bak kata officemate aku, tak salah kita nak berangan, sebab ianya akan menjadi kenyataan! InsyaAllah...


cerita pasal tulips ni, hari ni, aku search tentang tulifs flower dalam internet dan tengok gambar2 dalam tu, MasyaAllah..indahnya ciptaan Tuhan!!! terpegun dan terpesona aku melihat keindahannya.... SubhanAllah...oklah, i thinks that's all for today... ada masa nanti aku tambah lagi citer2 yang menarik...blog ni pun, aku set up untuk meluahkan apa yang aku rasa..tetapi bukan menghentam orang...tak baik...wakakakak...ok.daaaa

Thursday, July 31, 2008

akulah setiausaha hari keusahawanan siswa PSAS 2008

hari ni, aku rasa penat sangat:( banyak kerja, emosi ada sikit terganggu and one more thing, aku sebenarnya tengah frust sebab baru break dalam satu relationship yang dah berlangsung 4 tahun yang lalu. but, inilah Qada' dan Qadar dari Allah. aku redha seadanya:) hidup kena enjoyyy... dalam keadaan kecewa yang amat sangat, dibebani pulak dengan beban tugas yang dipertanggungjawabkan pada aku, aku rasa macam nak lemah semangat je:( tapi, aku kuatkan semangat, bila masuk kelas, dengar gelak ketawa anak murid, gurau senda dengan diaorang, rasa terubat juga luka dan perit dalam hati ni.hehehe...diaorang ni kadang2 suka melawak dengan aku, so aku rasa kalau mengajar diaorang dalam keadaan yang tension pun tak guna, nanti diaorang tak happy plak. oklaah, nak cerita sikit pasal program hari Keusahawanan ni. emmm anyway, this is the first time aku jadi setiausaha dalam satu - satu program atau organisasi. aku bukannya tau sangat nak buat kerja - kerja setiausaha ni, maklumlah kerja remeh - temeh macam ni, aku bukan suka sangat, but this is the job that other people trust me to do, so i have to work on that. Tanggungjawab beb...kalau tak buat berdosa...actually, aku suka gak buat kerja - kerja pentadbiran macam ni, buat surat, hantar surat...tapi takleh lah buat selalu...sebab tugas utama aku, mengajar.... bukan kerani, cuma bila buat kerja - kerja macam ni, aku teringat masa aku keje kat bank dulu, kerja - kerja macam ni, PA boss yang buat. aku tunggu je. surat menyurat semua dia settlekan...but disini, i have to a lot of things regarding administration's task.... but i enjoy it and a little bit tired:( ok, i think that all for this story..daaaa

Monday, July 28, 2008

gambar....

thanx for the first comment from mieza:) anyway, bukan tak nak letak gambar banyak2, tapi...hehehe.. soft copy untuk my personal pictures tak boleh nak access... bak kata orang putih tu...access denied!!! anyway, i will update my data. emmmm....rasanya, dalam blog ni, aku macam nak luahkan perasaan je, biar semua orang tau apa yang aku rasa!! sekarang ni, you all semua nak tau tak, aku rasa apa? aku rasa macam nak buat terjun bunjee je!!! nak release tensionnnn...hehehe... apa pun yang aku rasa, aku kena enjoy...ok....chow

Friday, July 25, 2008

first time...

hai..this is my first time i involve in "blogging world" hehehe.... so just to isi masa lapang yang tak berapa nak lapang ni. anyway, i am a happy go lucky person, love to be friends with anybody and also with who have a same interest with me:) ....ok...chow dulu