Wednesday, September 24, 2008

menjelang syawal 2008.....

dah lama rasanya aku tak update blog ni. sibuk, banyak keje dan tak menang tangan...itulah yang boleh aku katakan. bukannya sibuk dok buat persiapan raya, tapi sibukkan hal kerja. banyak yang perlu disiapkan dan perlu dilengkapkan sebelum cuti panjang dan sempena audit pengawasan di tempat kerja aku oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. so, tanggungjawab sebagai khalifah Allah aku tunaikan seiring tanggungjawab aku kepada kerja2 aku pun aku perlu tunaikan. alhamdulillah...dapatlah aku menyiapkan sesempurna yang mungkin, walau tidak pasti betul atau salahnya.. yang penting tugas telah diselesaikan... sebut pasal persiapan raya, aku tak lah sesibuk mana. beli ala kadar, guna apa yang ada. lagipun, yang penting niat kita beraya dan pengertian raya itu sendiri perlu kita fahami. wallahualam... cuma aku rasa, raya tahun ni, akan ada kelainan dalam hidup aku. yea mungkin perubahan yang membawa kepada sesuatu yang bermakna dalam hidup aku...amin... insyaAllah, aku berharap agar ianya berjalan seperti yang dirancang.... emmm sebulan berpuasa, buatkan aku rindu lagi untuk menunggu kehadiran ramadhan yang akan datang. walaupun, bila tiba bulan puasa, aku di uji Allah dengan kurangnya nikmat kesihatan dan juga kurang tenaga. demi suruhan Allah yang wajib aku tunaikan, aku kuatkan iman, teguhkan hati, tabahkan diri menjalankan tanggungjawab yang di suruh... alhamdulillah, setakat hari ni, takde lagi masalah kesihatan yang teruk aku hadapi. semuanya masih boleh ku hadapi... syukur kepada Allah... insyaAllah, pada sabtu 27/09/08 bersamaan 27 Ramadhan, aku akan pulang ke kampung. perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih, membuatkan aku kena berhati2 bila di jalan raya.... oklah, untuk pembaca2 blog aku ni, aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin dan mohon kemaafan sekiranya kata2, tulisan atau perbuatan aku pernah, telah atau akan tersinggung hati dan perasaan kalian semua, disini, aku dengan rendah diri memohon kemaafan zahir batin dan dunia akhirat dari kalian semua.....

No comments: