Tuesday, December 30, 2008

coretan kembara jalanan si puteri tulips april 2008



APRIL2008.....
Bulan April, ada beberapa aktiviti yang aku lalui. pada 11/04/08 sehingga 13/04/08 aku bersama seorang rakan kerjaku membawa pelajar2 semester akhir ke bengkel motivasi, kerjaya dan keusahawanan yang kami jalankan di Pulau Pangkor. Disini sekali lagi aku mengawasi pergerakan pelajar sambil aku juga merupakan seorang fasilitator kepada mereka dan mengendalikan seminar "Keusahawanan sebagai kerjaya pilihan". seramai 30 lebih pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring yang mengawasi mereka. Gambar disebelah adalah pelajar2 yang mengikuti bengkel tersebut dan pensyarah pengiring termasuklah puteri tulips. Kami bergambar di hadapan Bangunan tinggalan sejarah iaitu Kota Belanda di Pulau Pangkor.


Didalam bengkel ini, selain diberi motivasi dan taklimat mengenai kerjaya, mereka juga menjalankan aktiviti riadah seperti snorkling, menaiki banana boat, speed boat, aktiviti membina istana pasir dan pelbagai lagi. ini bertujuan untuk memberi kekuatan fizikal kepada mereka selain pendedahan mengenai peluang kerjaya, mereka juga harus bersiap sedia untuk menghadapi dunia kerjaya yang lebih mencabar diluar sana.... hehehe cun tak puteri tulips pakai peralatan snorkling?!!!!hehehehilang keayuannya:)


Selain itu, pada 19/04/08, jabatan aku mengadakan Family Day 2008 di FRIM, Kepong Selangor. Seronok sangat bagi yang hadir program tersebut, walaupun ianya tidaklah sehebat mana, tetapi, aku rasa bertuah sangat kerana mendapat rakan2 yang very supportive, yang very understanding, very cool dan yang penting semangat kerjasama yang diberikan. Alhamdulilah, program Family day yang kami jalankan meriah dan seronok sebabnya, kami yang hadir enjoy sangat walaupun adalah sedikit "angin dan ribut yang bertiup sepoi2 bahasa" huhuhu wah...bermadah plak puteri tulips ni:)....


dan bagi penutup bulan April 2008, aktiviti yang aku lalui adalah acara Hari Politeknik 2008, dimana ada beberapa acara yang aku dan hampir semua rakan2ku yang terlibat iaitu acara senamrobik bersama semua warga Politeknik dan pelajar2. Meriah dan enjoy....anyway, yang penting release tension.......arghhhhhh.....

coretan kembara jalanan si puteri tulips dari januari hingga mac 2008....

Dalam blog ni, aku nak berkongsi cerita dan kisah aku sebagai kembara jalanan.... cheeewah. bukannya apa, saja nak kongsi cerita dan pengalaman tentang aktiviti dan coretan perjalanan kisah aku si puteri tulips sepanjang tahun 2008. hehehe puteri tulips ni sebenarnya suka kembara seorang diri. aku suka long journey distance, but so far, journey aku masih dalam Malaysia....hehehe tak mampu nak mengembara jauh2 lagi... pitis tak dak:) sebab pada aku, bila kita mengembara atau berjalan2 seorang diri ni kita seolah2 lebih menghargai diri kita dan membuatkan kita rasa lebih berani dan bertambah keyakinan diri...hehehe... lagipun aku saje nak kongsi cerita dengan pembaca semua, kalau rasa boring tu, sorry lah yek? i ni tak penah amik kursus bidang penulisan lagi....huhuhu.... oklah, ikutilah coretan si kembara jalanan puteri tulips....




JANUARI 2008.....
Sepanjang Januari 2008, tidak banyak aktiviti yang aku jalankan. bekerja seperi biasa. cuma pada awal2 bulan, my eldest brother get married. so busy sikitlah dengan buat kenduri dan sebagainya. tapi aku tak lah sesibuk mana sebabnya, aku pun takde cuti. hehehe... lagipun kenduri secara kecil2lan sahaja. bulan Januari pun banyak cuti umum, macam cuti tahun baru, awal muharam dan lain2 lagi. so bila cuti aku just lepak je kat umah... gambar diatas ni gambar my eldest brother on his wedding ceremony with his beloved wife. Acara akad nikahnya pada 06/01/08 dan kenduri di pihak rumah keluarga aku pada 13/01/08. Semoga panjang umur, panjang jodoh, murah rezeki dan bahagia sampai ke akhir hayat...aminnnn...



FEBRUARI 2008.....
Bulan Februari 2008 pulak, tak banyak aktiviti yang aku lakukan. seperti biasa, lakukan kerja macam biasa. cuma pada 05/02/08 kami ada macam konvensyen di Putrajaya Marriot Hotel, Putrajaya. as per photo attached.... aku yag paling comel sekali at the right side....hehehe then pada 09/02/08 aku bersama kak long aku dan famili dia pergi berpicnic di tepi laut di Kuala Linggi. takde gambar yang dirakamkan...:(..then pada 12/02/08 aku bersama kawan membawa pelajar - pelajar semester 3 ke taklimat Kepenggunaan olah Datuk Shapiee Afdal di Ipoh... selain itu, aktiviti - aktiviti bersama pelajarlah yang banyak aku lakukan.....



MAC 2008.....
Bulan ketiga dalam tahun 2008 adalah Mac 2008. dalam bulan ni, adalah beberapa aktiviti yang menarik yang aku jalankan. pada 01/03/05 aku mula mendaftar untuk menyambung pelajaranku di sebuah institusi pengajian tinggi yang terkemuka, tetapi atas sebab ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa membatalkan pendaftaran tersebut. mungkin takde rezeki kot:(... emmm.... pada 06/03/08 pula, aku membawa pelajar - pelajar dibawah seliaanku mengikuti lawatan ilmiah mereka ke Damansara. aku menjadi pensyarah pengiring selain pensyarah yang mengajar mereka dalam matapelajaran tertentu. pada 07/03/08 pula, kami dapat cuti sempena hari mengundi 2008 dan peluang ini ku ambil untuk pulang kekampung. pada 10/03/08 dan 11/03/08 pula aku mengikuti kursus ditempat kerjaku dalam bidang penggunaan alatan audio visual dan sistem PA. enjoy jugak ikuti kursus ni, sebab kita boleh tahu tentang peralatan yang digunakan, cara pengendaliannya dan persiapan untuk menggunakannya. quite interesting...hehehe... dan pada 15/03/08 aku mengikuti lawatan Puspanita ditempat kerjaku ke Putrajaya. diantara tempat yang kami lawati adalah (MISA) Malaysia International Space Area.... ha.. gambar diatas adalah gambar aku bersama salah seorang angkasawan yang terlepas.....hehehe
Dan pada penutup Mac 2008, aku sekali lagi menjadi pensyarah pengiring kepada pelajar semester 3 dalam aktiviti kem Team Building yang diadakan di kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat Selangor. Aktiviti ini dijalankan pada 28/03/08 sehingga 30/03/08..... objektif aktiviti ini adalah untuk menggalakkan pelajar untuk bertindak dalam kumpulan, memotivasikan mereka supaya lebih berjiwa kental, berani, pandai menguruskan masa dan bertindak mengikut keadaan yang betul dan tepat pada masanya. diantara aktiviti lasak yang dilalui oleh pelajar2 adalah seperti abseiling, flying fox, berjalan dalam hutan seorang diri waktu malam, dan memasak didalam hutan dengan bekalan yang begitu terhad disediakan. selain dari sesi ceramah dan permainan indoor diadakan, pelajar jugak digalakkan menunjukkan kreativiti masing2 dalam menyelesaikan sesuatu masalah. gambar di sebelah adalah gambar puteri tulips sedang bersedia untuk menjalankan aktiviti abseiling.... hebatkan puteri tulips ni?:)hehehe

WELCOME 2009....

"SELAMAT TINGGAL 2008 DAN SELAMAT DATANG 2009!!!!"

Lama betul aku dah tak update blog aku ni. terlalu sibuk, tidak berkesempatan dan terlalu penat untuk memikirkan apa yang hendak aku coretkan didalam blog aku ni. anyway, memandangkan sejak aku begelar pelajar, aku dah mula sibuk dengan tugasan2 yang diberikan oleh pensyarah, tugas aku jugak terlalu banyak yang hendak dilakukan sebagai seorang pendidik. tetapi ini semua aku lakukan dengan keadaan yang terkawal...hehehe...orang bijak kena pandai kawal keadaan kan? hehehe...kadang2 perlu juga beremosi.... oklah, memandangkan sekarang ni dah masuk tahun baru hijrah 1430 dan lusa akan masuk tahun baru masihi 2009, banyak perkara yang perlu aku lakukan post mortem terahadap diri aku dan pencapaian yang aku dah buat, belum buat, akan buat dan tidak akan buat. Sebenarnya, hakikat manusia hanya mampu merancang, Allah yang Esa yang akan menentukan. ada jugaklah azam yang aku dah pasang awal tahun 2008 dulu tak tercapai lagi, tetapi perkara penting lain pulak hadir dalam hidup aku, yang aku tak jangka... apa2pun aku memanjatkan rasa syukur yang terlalu tinggi kehadrat Ilahi kerana merezekikan aku perkara yang baik dalam hidup aku ini di dalam kerahmatan dan keberkatanNya. Selain itu, sebagai manusia biasa juga, aku tidak terlepas dari melakukan kesilapan, dosa dan perkara yang tidak sepatutnya dan membazir dalam hidup aku. iyelah, namapun manusia yang serba lemah dan tak kuat iman... anyway, apa pun yang telah berlaku ada hikmah dan rahmat disebaliknya.... hidup perlu diteruskan...chaiyok!!! chaiyok!!!! puteri tulips......