APRIL2008.....
Bulan April, ada beberapa aktiviti yang aku lalui. pada 11/04/08 sehingga 13/04/08 aku bersama seorang rakan kerjaku membawa pelajar2 semester akhir ke bengkel motivasi, kerjaya dan keusahawanan yang kami jalankan di Pulau Pangkor. Disini sekali lagi aku mengawasi pergerakan pelajar sambil aku juga merupakan seorang fasilitator kepada mereka dan mengendalikan seminar "Keusahawanan sebagai kerjaya pilihan". seramai 30 lebih pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring yang mengawasi mereka. Gambar disebelah adalah pelajar2 yang mengikuti bengkel tersebut dan pensyarah pengiring termasuklah puteri tulips. Kami bergambar di hadapan Bangunan tinggalan sejarah iaitu Kota Belanda di Pulau Pangkor.
Selain itu, pada 19/04/08, jabatan aku mengadakan Family Day 2008 di FRIM, Kepong Selangor. Seronok sangat bagi yang hadir program tersebut, walaupun ianya tidaklah sehebat mana, tetapi, aku rasa bertuah sangat kerana mendapat rakan2 yang very supportive, yang very understanding, very cool dan yang penting semangat kerjasama yang diberikan. Alhamdulilah, program Family day yang kami jalankan meriah dan seronok sebabnya, kami yang hadir enjoy sangat walaupun adalah sedikit "angin dan ribut yang bertiup sepoi2 bahasa" huhuhu wah...bermadah plak puteri tulips ni:)....
dan bagi penutup bulan April 2008, aktiviti yang aku lalui adalah acara Hari Politeknik 2008, dimana ada beberapa acara yang aku dan hampir semua rakan2ku yang terlibat iaitu acara senamrobik bersama semua warga Politeknik dan pelajar2. Meriah dan enjoy....anyway, yang penting release tension.......arghhhhhh.....

No comments:
Post a Comment