"SELAMAT TINGGAL 2008 DAN SELAMAT DATANG 2009!!!!"
Lama betul aku dah tak update blog aku ni. terlalu sibuk, tidak berkesempatan dan terlalu penat untuk memikirkan apa yang hendak aku coretkan didalam blog aku ni. anyway, memandangkan sejak aku begelar pelajar, aku dah mula sibuk dengan tugasan2 yang diberikan oleh pensyarah, tugas aku jugak terlalu banyak yang hendak dilakukan sebagai seorang pendidik. tetapi ini semua aku lakukan dengan keadaan yang terkawal...hehehe...orang bijak kena pandai kawal keadaan kan? hehehe...kadang2 perlu juga beremosi.... oklah, memandangkan sekarang ni dah masuk tahun baru hijrah 1430 dan lusa akan masuk tahun baru masihi 2009, banyak perkara yang perlu aku lakukan post mortem terahadap diri aku dan pencapaian yang aku dah buat, belum buat, akan buat dan tidak akan buat. Sebenarnya, hakikat manusia hanya mampu merancang, Allah yang Esa yang akan menentukan. ada jugaklah azam yang aku dah pasang awal tahun 2008 dulu tak tercapai lagi, tetapi perkara penting lain pulak hadir dalam hidup aku, yang aku tak jangka... apa2pun aku memanjatkan rasa syukur yang terlalu tinggi kehadrat Ilahi kerana merezekikan aku perkara yang baik dalam hidup aku ini di dalam kerahmatan dan keberkatanNya. Selain itu, sebagai manusia biasa juga, aku tidak terlepas dari melakukan kesilapan, dosa dan perkara yang tidak sepatutnya dan membazir dalam hidup aku. iyelah, namapun manusia yang serba lemah dan tak kuat iman... anyway, apa pun yang telah berlaku ada hikmah dan rahmat disebaliknya.... hidup perlu diteruskan...chaiyok!!! chaiyok!!!! puteri tulips......

No comments:
Post a Comment