Friday, January 2, 2009

coretan kembara jalanan si puteri tulips oktober 2008....

OKTOBER 2008.....

SELAMAT HARI RAYA!!!! Yea...yea...hari raya:) hehehe 01/10/08 semua umat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri... wah...hari yang menyeronokkan dan memenatkan...hehehe... macam coretan yang lepas, aku dah menulis tentang hari raya tahun 2008. Cuma di sini aku nak menambah lagi, pada hari raya ke lima, aku mendapat tawaran menyambung pengajianku ke peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)... Alhamdulillah.... berkat doa dan semangat aku, Allah merezekikannya kepada ku. untuk tahun 2008 ni, ramai officemate aku menyulam bahagia dengan acara atau majlis pertunangan dan pernikahan mereka. Tetapi aku menyulam bahagia dengan mendapat tawaran belajar di UUM (Kampus Kuala Lumpur)...aku bersyukur sangat sebab dapat bahagiakan kedua orang tuaku dan bahagiakan diri aku:).... Syukur padaMu ya Allah!!!!aku mula mendaftar sebagai pelajar pada 11/10/08 dan bermula pengajian pada 18/10/08... disebelah ni gambar semasa hari raya 2008...cun tak?hehehe....

















Pada 18/10/08 pulak, kelas pertamaku dibatalkan oleh pensyarah. So, housemate aku mengajak aku pergi ke JB sebab dia ada open house di rumah abang dia. Dikesempatan ini, aku mengambil peluang untuk pergi menziarahi kakak aku disana. pagi2 lagi kami dah bergerak kesana dan ampai di JB hampir lewat petang. So bila malam, kakak aku bawak aku melepak2 di Danga Bay sambil tengok Life Band... memang best.... budak2 yang menyanyi dekat situ suara diaorang ni, dikurniakan Allah sedap2 belaka. macam2 lagu yang diaorang nyanyi... so kami lepak kat situ sambil minum2 dan borak2 hingga larut malam. Dah tengah malam pulak, balik je umah akak aku masakkan lasagnia....(entah betul ke tak ejaannya ni:)..hehehe) apalagi, aku duk melantak lagi.... esok paginya, 19/10/08 aku bertolak balik... sampai dirumah dalam pukul 10 malam, sebab perjalanan kami ada 7 persinggahan...hehehe (macam filem daaaa)... penat sangat:( tapi lagi penat member akulah, sebab dia yang drive pergi dan balik:( aku tak dapat nak tolong dia drive:(....
Gambar2 diatas dan dibawah, adalah antara gambar2 yang sempat aku rakamkan sepanjang sehari semalam aku di JB.....hehehe...