Wednesday, September 24, 2008

menjelang syawal 2008.....

dah lama rasanya aku tak update blog ni. sibuk, banyak keje dan tak menang tangan...itulah yang boleh aku katakan. bukannya sibuk dok buat persiapan raya, tapi sibukkan hal kerja. banyak yang perlu disiapkan dan perlu dilengkapkan sebelum cuti panjang dan sempena audit pengawasan di tempat kerja aku oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. so, tanggungjawab sebagai khalifah Allah aku tunaikan seiring tanggungjawab aku kepada kerja2 aku pun aku perlu tunaikan. alhamdulillah...dapatlah aku menyiapkan sesempurna yang mungkin, walau tidak pasti betul atau salahnya.. yang penting tugas telah diselesaikan... sebut pasal persiapan raya, aku tak lah sesibuk mana. beli ala kadar, guna apa yang ada. lagipun, yang penting niat kita beraya dan pengertian raya itu sendiri perlu kita fahami. wallahualam... cuma aku rasa, raya tahun ni, akan ada kelainan dalam hidup aku. yea mungkin perubahan yang membawa kepada sesuatu yang bermakna dalam hidup aku...amin... insyaAllah, aku berharap agar ianya berjalan seperti yang dirancang.... emmm sebulan berpuasa, buatkan aku rindu lagi untuk menunggu kehadiran ramadhan yang akan datang. walaupun, bila tiba bulan puasa, aku di uji Allah dengan kurangnya nikmat kesihatan dan juga kurang tenaga. demi suruhan Allah yang wajib aku tunaikan, aku kuatkan iman, teguhkan hati, tabahkan diri menjalankan tanggungjawab yang di suruh... alhamdulillah, setakat hari ni, takde lagi masalah kesihatan yang teruk aku hadapi. semuanya masih boleh ku hadapi... syukur kepada Allah... insyaAllah, pada sabtu 27/09/08 bersamaan 27 Ramadhan, aku akan pulang ke kampung. perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih, membuatkan aku kena berhati2 bila di jalan raya.... oklah, untuk pembaca2 blog aku ni, aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin dan mohon kemaafan sekiranya kata2, tulisan atau perbuatan aku pernah, telah atau akan tersinggung hati dan perasaan kalian semua, disini, aku dengan rendah diri memohon kemaafan zahir batin dan dunia akhirat dari kalian semua.....

Tuesday, September 2, 2008

berjalan - jalan ke kuala lumpur.....

Hari sabtu 30/08/08, aku ke kuala lumpur berjumpa dengan kakak angkatku, famili dia dan anak sedara dia yang berkawan dengan aku tu. so, aku sampai K.L dalam pukul 10.30 pagi, terus pergi SOGO. Ya ALLAH, punyalah ramai orang membeli belah, naik pening kepala aku. yealah, semua nak kejar sebelum hari puasa dan kejarkan masa SALE. so, aku pun temankanlah kakak angkatku bershopping untuk famili dia, dari tingkat 1 sampai ke tingkat yang paling atas sekali. wah, penat jangan cakaplah... then lepas bershopping, ikut dia balik hotel sebab nak ambil anak2 dia dengan husband dia, nak pergi Berjaya Times Square plak... so, dari hentian Putra (STAR) nak ke hotel, kami berjalan kaki...isk..isk..penat:( pastu, terus ke stesen STAR LRT jalan hang tuah dan dari situ amik monorail ke jalan Imbi... boleh je menapak ke sana, tapi aku rasa macam tak sanggup dan kesian tengok budak2 tu nak kena berjalan:( sampai kat sana, dia terus je pergi COSMO world untuk main games kat situ.. so, aku, kak hanas, anak perempuan dia and anak sedara dia (along) kitaorang cari KFC lepak kat situ sambil makan. so, dapatlah berehat sekejap... lepas diaorang semua dah puas berjalan - jalan dan bermain - main, aku pun balik ke puduraya, then ambil bas terus ke rumah kakak aku dekat cheras. so perjalanan dalam 45 minitlah sebab ada jammed dekat jalanraya. dalam bas, dapatlah rehat sikit... sampai je dekat luar taman rumah kakak aku, aku kena menapak lagi dalam lebih kurang 30 minit untuk ke rumah kakak aku... nobody can pickup me:(...wahhh berjalan lagi....kaki aku sakit, tok sah nak cerita lah... but dah janji dengan kakak aku, nak balik melaka sama dengan dia. so, sampai je kat umah dia, aku lepak habis....penat gilerrr... pas tu dalam pukul 8.30 mlm, we all gerak balik melaka. dalam on the way nak balik, anak sedara aku, si abang teringin pulak nak makan sate. so singgah sekejap dekat bangi, beli sate plak. maklumlah malam minggu, ramai orang...kena tunggu lagi... gedebak - gedebuk... sampai kampung dalam pukul 11.00 malam... penat usah ceriterlah..:( walaupun penat, tetapi malam tu, sempat lagi aku tengok kemeriahan sambutan hari kemerdekaan yang ke - 51 dalam tv... hehehe semangat patriotik menebal dalam diri ini!!!! wakakakaka..... oklah, apa2 pun, penat ke, letih ke, tired ke, yang penting kita enjoy!!!!!!!! daaaa...