Tuesday, June 23, 2009

BINGKISAN......TEMAN.....

TEMAN.......

Apabila kita ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya….
Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya….
Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya….
Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya….
Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa….
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kita juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna.
Melainkan DIA ......YANG MAHA ESA...

LAGU KITA - AIZAT...

lagu yang sesuai ditujukan untuk insan yang terlalu kita rindu, yang kita sayang dan yang kita kasihi.... tidak kiralah, teman istimewa ke, kekasih hati ke, sahabat rapat ke atau sesiapa sahaja yang kita rindui, sayangi dan kasihi....


Lagu Kita - Aizat

Deras hati ku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu

Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

(Korus)Dan aku terus…
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah Lagu Kita..
aaa.. ooooo…aaa.. ooooo… huuuu…
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Terciptalah Lagu Kita…

KEMBALI PADA ALLAH...



DOA INI KU TITIPKAN UNTUK DIRIKU DAN BUAT SAHABAT - SAHABAT YANG SEDANG MENCARI CINTA SEJATI..... KETAHUILAH, CINTA SEJATI HANYA PADA ALLAH YANG ESA.... DI DUNIA KITA CUMA MENCARI CINTA SEMENTARA..... WALLAHUALAM....


DOA CINTA ABADI


SEANDAINYA TELAH KAU CATATKAN DIA MILIKKU, TERCIPTA BUATKU, DEKATKANLAH DIA PADAKU, SATUKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU,

TITIPKANLAH KEMESRAAN DIANTARA KAMI AGAR KEBAHAGIAAN ITU ABADI DAN TUHANKU YANG MAHA PENGASIH, SEIRINGKANLAH KAMI DALAM MELAYARI HIDUP KETEPIAN YANG SEJAHTERA,

TETAPI TUHANKU, SEANDAINYA TELAH KAU TAKDIRKAN DIA BUKAN MILIKKU, BAWALAH DIA JAUH DARI PANDANGANKU, LUPUT DIINGATANKU, DAN PELIHARALAH DIRIKU DAN DIRINYA DARI KECEWA,

YA TUHANKU! YANG MAHA MENGERTI, BERILAH DAKU KEKUATAN,

MELONTAR BAYANGNYA KE DADA LANGIT, HILANG BERSAMA SENJA MERAH DAN DALAM PEKAT MALAM,

AGAR AKU RASA BAHAGIA, WALAU TANPA DIRINYA DAN TUHANKU YANG TERCINTA, GANTIKANLAH YANG TELAH HILANG, TUMBUHKANLAH KEMBALI YANG TELAH PATAH, MESKIPUN TIDAKKAN SAMA DENGAN DIRINYA……

JIKA BENAR CINTA INI CINTA SUCI, IA AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA,

TETAPI JIKA IA PERGI DAN TIDAK BERKUNJUNG LAGI,

MAKA ANGGAPLAH IA TIDAK WUJUD DARI AWAL LAGI….

AMIN YA RABBAL AL AMIN.....

RENUNGAN BERSAMA....

KEHEBATAN ALLAH....


Sometimes ALLAH breaks our spirit to save our soul...
Sometimes ALLAH breaks our heart to make us whole …

Sometimes ALLAH allows pain so we can be stronger...
Sometimes ALLAH sends us failure so we can be humble…

Sometimes ALLAH allows illness so we can take better care of ourselves…

Sometimes ALLAH takes everything away from us so we can learn the value of everything He gave us...