Thursday, August 21, 2008

kakak angkatku...

KAK HANAS....
Dah lama aku tak update blog ni...bukan takde masa, banyak masa, cuma malas je...hehehe... anyway, semalam aku chat dengan kakak angkat aku. dia ni orang Terengganu kite...:) aku kenal dengan dia melalui chatting at Yahoo messanger.. mula2 aku chat dengan husband dia, but then dia chat dengan aku plak... oleh kerana kami ni berniat ikhlas antara satu sama lain, so silaturrahim kami berkekalan sehingga hari ini.. alhamdulillah... dah dua kali aku pergi melawat dia dekat trganu, dia je yang tak sampai2 umah aku lagi:( bila ntah dia nak datang aku pun tak pasti, but hopefully dia akan dapat juga penuhi permintaan aku untuk datang ke rumah aku di Melaka... kalau cerita pasal silaturrahim ni, aku suka kalau berkawan dengan orang yang dari negeri yang berbeza dengan aku... bukan apa, bila aku melawat ke sesebuah negeri tu, adalah orang yang aku boleh singgah untuk ziarah:) seronok tau kalau kita pergi sesuatu tempat tu, ada yang kita kenal selain saudara mara kita:) tapi ada juga orang yang aku kenal, dengan sombong dan bongkak tak nak befriend dengan aku... biasalahkan manusia ni macam2 ragam Allah jadikan... Subhanallah... anyway, berbalik kepada cerita kakak angkat aku ni, dia, husband dia, anak2 dia and family dia aku dah anggap macam family aku dah... diaorang ni semua baik dengan aku, in fact, anak sedara akak ni pun dah jadi member aku... but kadang2 tu terasa hati jugak, biasalah...sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pulak manusia yang banyak kelemahan....wallahualam... actually, nama kakak ni Che Zaituhanas dan husband di En Ahmad. Couple ni ada 3 orang anak, dua lelaki dan satu perempuan. semuanya cute belaka:) aku panggila akak ni kak hanas. semalam aku suruh dia buka blog aku ni, pastu dia pun nak tumpang sekaki dalam blog aku ni, nak promotelah tu....hehehe.. but then dia hanya email dekat aku gambar dia and husband dia dan gambar dia dengan adik beradik dia... dia tak send pun gambar anak2 dia:( so, aku boleh upload gambar dia n husband dia jelah:) kalau tengok dari gambar ni, kak hanas and husband dia dah makin TEMBUN....hehehe.... nak challenge aku kot!!!wakakakak... tapi elok lah kak hanas ni berisi sikit, kalau dulu, kurus melidi je dia, sampai melengkung badannya, sekali tengok macam tak cukup zat, tapi makan bukan main semangat lagi dia:)heheheh...jangan mare!!... dia ni sekarang dah jadi businesswoman, husband dia buka insurance agent but then dia yang managed.... so sekarang ni dia sibuk dengan anak2 dan kerjaya dia... anyway, inilah cerita dia yang aku boleh coretkan dalam blog ni serba sedikit...nak cerita panjang2, tak larat nak menaip.... oklah...choww

No comments: