Tuesday, January 6, 2009

coretan kembaran jalanan si puteri tulips disember 2008....


DISEMBER 2008.....

KARNIVAL JOM HEBOH 2008.....

Penghujung bulan bagi setiap tahun adalah bulan Disember. seperti dalam bulan sebelumnya, aku masih lagi dihimpit kesibukan tugas sebagai pengajar dan pelajar... musim peperiksaan bagi pelajar2 aku sudah bermula. dua minggu pertama aktiviti aku penuh dengan menguruskan urusan peperiksaan dan menanda kertas peperiksaan. tapi bermula 20/10/08, aku mula bercuti semester dan cuti semester ni adalah cuti semester yang terakhir bagi semua pensyarah politeknik sebab bermula 02/01/09 tiada lagi cuti semester bagi pensyarah2:(... anyway, dalam kesempatan cuti yang singkat ni, aku penuhkan dengan berbagai2 aktiviti kembara jalananku...hehehe... pada 21/12/08, aku bersama teman rumahku pergi ke karnival jom heboh di Bukit Jalil. Inilah pengalaman pertama aku bersama kawan serumahku ke tempat karnival jom heboh setelah bertahun2 karnival ini berlangsung. Pengalaman yang memenatkan, panas, bersesak ditempat yang ramai orang... anyway, ini adalah pengalaman bagi diriku...:)


BERCUTI DI TAIPING DAN BUKIT LARUT.....


Pada 22/12/08 aku bertolak ke rumah mak saudara (atau aku memanggilnya dengan panggilan mak) di Taiping, Perak. Aku mula bertolak dengan memandu kereta bersendirian ke sana dimana perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sesampai disana aku lepak dan berehat kerana kepenatan:( pada hari berikutnya, 23/12/08 aku hanya lepak di rumah dan bermain dengan anak2 saudaraku disana. hari ni, aku melepaskan gian aku dengan memasak bersama anak saudara aku..perghhh... seronoknya, dah lama tak masak... keesokannya, aku bersama anak saudara aku, nadia, pergi ke Bukit Larut Taiping. Hajat di hati ingin melihat bunga tulip yang di semai disana, tetapi...nasib tidak menyebelahi aku. Bunga tulip belum boleh dipamerkan sebab belum berbunga:( sedey giler.... anyway, seronok jugaklah sebab, dapat pengalaman baru menaiki land rover ke puncak Bukit Larut.... wah, udara di atas tanah tinggi tu nyaman, bersih dan pemandangan yang menarik... kami berada di puncak Bukit Larut lebih kurang 3 jam.... penat jugaklah duduk dalam landrover tu...sebab perjalanan menaiki Bukit Larut tu memakan masa selama 30 - 40 minit begitu jugak dengan tempoh menuruni bukit larut. Mengikut pemandu landrover yang kami naiki tu, kalau pendakian dengan berjalan kaki memakan masa lebih kurang 2 jam lebih untuk sampai ke puncak...ughhh..tak larat den nak naik bukit bejalan kaki...lotihhhh:)hehehe


Pemandangan di bukit Larut ni sangat cantik, dengan udara yang sejuk, pemandangan hijau saujana mata memandang. Aku dan anak saudaraku sempatlah merakamkan disini. Terdapat satu taman bunga yang meletakkan beberapa jenis bunga seperti lavender, kaktus, dan pelbagai lagi jenis2 bunga yang terdapat disini. semuanya cantik2 belaka. Ada juga tanaman buahan seperti strawberi...ialah tempat sejuk kan? sesuai untuk tanaman yang macam ni....

emmmm... sebenarnya banyak lagi cerita2 si puteri tulips sepanjang disember 2008 ni, tapi ini saja yang dapat dikongsikan bersama....hehehe... malas nak menulis sebenarnya:) anyway, selamat tinggal 2008 yang penuh dengan kenangan yang indah dan selamat datang 2009 yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang mendatang:)..... hidup perlu diteruskan walau sekelumit dugaan dan cabaran yang menimpa....

No comments: