Wednesday, June 24, 2009

aktiviti si puteri tulips sepanjang setengah tahun 2009....



AKTIVITI SI PUTERI TULIPS SEPARUH TAHUN 2009.....


Lama rasanya tak mengupdate dan menulis alam blog ni... kekangan masa kesibukan kerja membatasi aktiviti mengupdate blog aku ni... yealah, selagi kita bernafas, selagi kita bernama manusia, kerja sentiasa melingkari kehidupan kita....

emmmm seawal januari 09, tiada aktiviti yang menarik sangat yang aku buat. mengajar dan belajar. cuma, bulan januari ni, biasalah, semanagt sentiasa berkobar2 dan membara. kehidupan yang aku lalui macam biasa.... dalam bulan ni jugak, aku menjalani ujian akhir aku untuk semester satu....alhamdulillah....aku berjaya jugak dalam menjalani ujian akhir. aku bersyukur sebab dalam semester ni, pensyarah - pensyarah yang mengajar ok dah boleh diajak berunding:) hehehe, ada jugak kenangan manis dan tak kurang jugak pahitnya....hehehehe.... tapi tak pe, itulah kehidupan namanya....

masuk bulan februari, iaitu bulan kedua 2009, seperti biasa, puteri menjalani kehidupan yang sama seperti orang lain alami, cuma adalah sedikit perbezaannya... bulan kedua ni, aku mendapat keputusan peperiksaan untuk semester satu..alhamdulillah...aku berjaya dan mendapat keputusan yang agak ok:)hehehe syukur kepada Tuhan sebab dengan izinNya, aku lulus dengan jayanya... bulan februari ni, puteri tak pergi mana2...just lepak je kat rumah sebab lepas exam masa januari, sempat cuti dua minggu je, then terus register masuk semester kedua.

ha, bulan mac 2009 ni, best sikit, sebab seminggu keluar untuk pergi memantau pelajar praktikal selama seminggu dan sempat lagi membawa anak sedara aku (si abang dan si adik) pergi AQUARIA K.L, balik dari memantau pelajar praktikal, aku membawa pelajar semester 5 diploma pemasaran membuat lawatan ilmiah ke Pusat Perdagangan bebas cukai dan Kilim Geoforest Park, Pulau Langkawi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan penat usah dikira, tak tertanggung rasanya:( hehehe...

masuk bulan April 2009, aku dikehendaki mengikuti Kursus Induksi Khusus & Umum...yang bestnya kursus ni dijalankan di negeri Melaka...wah2... my beloved hometown:) apalagi.... berkursus di kampung sendiri, macam2 aktiviti.... tapi yang sedihnya, kursus ni dikehendaki menduduki peperiksaan akhir, so kena struggle study lah:( kursus habis pada 30 April 2009 dan pada 3 Mei 2009 pulak aku kena duduki ujian peperiksaan akhir semester dua di UUMKL....wah...hard trip betul aku bulan April nie:(

kisah bulahn Mei 2009 pulak, ada cerita, sedih, sadis dan gembira. me and my friend, stay dekat hotel murah dekat area how kit, depan dengan UUMKL, selama 3 hari 2 malam semata2 nak study untuk jawab soalan ujian akhir. memang mencabar minda, iman dan emosi jugak waktu tu. bayangkan dengan tugasan yang banyak yang perlu disiapkan, nak study untuk final exam, dan masa yang sama, kitaorang tak cukup tidur:( uwaaaa... nak nangis rasanya, tapi apakan daya, semuanya kena harungi jugak...ni lah akibatnya sebab buat kerja last minutes. what ever it is, we've managed it smoothly...hahaha...orang yang bijak, kena pandai dan kreatif membuat tugasan yang diarahkan...you guess? hahaha..... so kami satu kelas menjawab exam dalam keadaan yang blur2 je...kelas tu memang ramai yang tak faham...susah:(

bulan Jun 2009 ni, aku mula mendafatar untuk semester tiga di UUMKL. awal2 bulan aku ambil cuti 5 hari.... pergi berjalan kerumah kakak aku di JB. apalagi agenda kitaorang, bershopping sambil makan2:) hehehe balik dari JB aku pergi ke Putrajaya, menjadi pengadil kepada kawan baik aku. then, kitaorang gi bershoppinglah, apa lagi:) hehehe...tapi aku tak membeli, hanya meneman sahaja. last day cuti, aku pergi entertain myself. tengok wayang sorang2. saja untuk release tension. tengok cerita "jangan pandang belakang congkak" hahaha...tak takut langsung:) dah puas aku bercuti dan berjalan2, baru aku sedar yang keputusan peperiksaan dah keluar. cuak jugak takut gagal:( Alhamdulillah, lulus semuanya. Thanks GOD! aku bersyukur sangat sebab lulus:)....

inilah antara coretan aktiviti si puteri tulips sepanjang separuh tahun 2009.....

No comments: