Tuesday, January 6, 2009

coretan kembaran jalanan si puteri tulips november 2008....

NOVEMBER 2008.....


LAWATAN ILMIAH PELAJAR SEMESTER 5.....


Sepanjang bulan November 2008, aku dah mula sibuk dengan kuliah dan persiapan untuk pelajar - pelajarku menduduki peperiksaan akhir. memandangkan aku memikul tugas sebagai salah seorang AJK yang menguruskan urusan peperiksaan wakil jabatan aku, so memang banyak tugas yang perlu diselesaikan. Bagaimanapun, aku cuba membahagikan masa diantara belajar dan mengajar. Dalam kesibukan aku jugak, sempat lagi aku mengatur program lawatan ilmiah untuk pelajar semester 5 yang aku ajar. Lawatan yang pelajar uruskan ini, dibekalkan dengan tugasan yang mencabar kerana, mereka perlu meneroka untuk mencari maklumat dalam keadaan sekeliling yang sebenar. Banyak jugak aku dapat rungutan dari pelajar - pelajar yang mengatakan mereka dimarahi, tidak dibenarkan mencari maklumat oleh pihak yang tertentu:) sesekali bila mendengar rungutan mereka ni, aku rasakan, inilah msanya mereka perlu kenal dengan dunia luar sebenar yang akan mereka hadapi setelah selesai menuntut ilmu kelak.... lawatan yang di buat adalah di sekitar kawasan Damansara Utama dan ianya diadakan pada 04/11/08. Selepas penat mencari maklumat, aku bersama seorang lagi rakan seperjuanganku membawa pelajar2 membuat aktiviti santai secara berkumpulan. Disini aku sekali lagi melatih mereka untuk mengaturcarakan sesuatu aktiviti dengan baik. Aku membawa mereka ke tempat bermain Bowling dan mengadakan tournament secara berkumpulan. Alhamdulillah mereka dapat menganjurkannya dengan baik....:) gambar disebelah adalah gambar aku bersama rakan sejawatan yang mengiringi lawatan ini dan dibawah ini pula, gambar group member yang menang tempat kedua dalam tournament ini dimana aku merupakan salah seorang ahlinya....hehehe terrer puteri tulips ni...hehehe... terrer jatuhkan bola dalam longkang...wakakaka


AKU DI TERENGGANU.....


Selain kesibukan aku menghabiskan silibus yang perlu diajar kepada pelajar2ku, dan juga menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah2ku, aku sempat lagi mengambil cuti rehat dan pergi bercuti ke Kerteh, Terengganu. Pada 16/11/08 aku tiba di Kerteh, rumah sahabat aku dan aku menginap di sana selama 3 hari 2 malam. Niat aku adalah sambil berjalan-jalan sambil menziarahi sahabat taulan. Aku berkesempatan jugak berjumpa dengan kakak angkatku yang tinggal di Dungun tu, ialah sahabat aku ni adalah anak sedara dia, so memang niat menziarahi dia sekeluarga jugaklah..:) hehehe...
hari ketibaan aku disana, kawan aku dan keluarganya kehilangan moyang mereka, so, mereka masih dalam keadaan yang bersedihlah, tetapi mereka semua masih mampu melayan aku sebagai tetamu mereka dengan mesra dan baik sekali....aku terasa sungguh terharu, sebab diberi layanan yang macam tu:(.... anyway, thank to along and famili.... then pada 17/11/08, along membawa aku bersama seorang adik perempuannya yang sedang cuti sekolah ke Kuala Terengganu. Apalagi, aku tidak melepaskan peluang untuk bershoping ala kadar:) hehehehe pitis tak cukup:(.... dan along jugak bawa aku ke Taman Tamadun Islam dan melihat persekitaran Masjid Kristal di Pulau Wan Man.... MasyaAllah...sungguh indah pemandangannya.... keesokkan harinya, aku pulang ke rumah dalam keadaan yang penat, sebab perjalanan yang jauh tetapi memuaskan sebab aku dapat bercuti dan mereleasekan ketegangan dan kekusutan yang melanda. ...uwaaaaaaaa... hehehehe... gambar diatas adalah gambar pemandangan masjid kristal yang diambil dari jauh, dan gambar dibawah pula adalah gambar aku dihadapan rumah along di Kerteh, Terengganu.... comel kan puteri tulips ni? huhuhuhu.......

GENG - GENG SUKAN.....

Penutup November 2008, jabatan aku terlibat dalam perlawanan bola tampar wanita antara jabatan. so, aku merupakan salah seorang player yang tak profesional, tetapi bolehlah nak menampar bola tu bagi dia melantun...hehehe..anyway, our team is the champion...Chaiyok!!!! Chaiyok!!!! hehehe sebab kitaorang ada straight player yang memang berkaliber sungguh bila dia main... sampai hari ni, aku tak dapat lagi macamana teknik dia serve bola tu... oleh kerana dalam bulan November ni jugak kami menyertai pertandingan bola tampar ni, so hampir setiap petang kami turun ke padang secara berkumpulan... tak kiralah, bukan main bola tampar pun, kadang- kadang main bola jaring, kadang - kadang main tenis...ikut dan....hehehe....bukan apa, semangat kesukanan yang menebal dalam diri tu, tak dapat ditangkis lagi...isk..iskkk.... semangat sungguh puteri tulips ni...hahahaha.. gambar diatas adalah gambar puteri tulips sedang bergaya dengan raket tenis dan gambar dibawah pulak adalah gambar puteri tulips dan geng- geng sukannya.... hiarghhh ...kami semua adalah rakan 2 sukan yang bersemangat kesukanan....hehehe



DINNER PELAJAR SEMESTER AKHIR SESI JULAI 2008.....

Di penghujung November ni jugak, aku menghadiri makan malam pelajar semester akhir untuk sesi Julai 2008. Makan malam ni bertemakan Hitam, putih dan merah... emmm pakaian pelajar2 semua mengalahkan pensyarah yang datang.... anyway, yang seronok dan gembiranya adalah pelajar2 yang diraikan.... pensyarah hanya mendoakan dan memenuhi jemputan mereka.... makanan pada malan ni jugak adalah bertemakan makanan barat seperti chicken chop, mushroom soup dan garlic bread.... gambar disebelah ni, aku dan beberapa orang pensyarah yang hadir pada malam tu.... cun tak kami semua? hehehehe.....

1 comment:

Anonymous said...

saper juara bowling tu?kalu u bukan juara,msti rakan seperjuangan u tu kan..he3..